Berniaga mengikut apa yang kita minat

by Mr bublers on 03/29/2014

berniaga_apa_kita_minat

Dua hari lepas, ada sorang makcik ni datang kedai dia datang bersama sama anak dia. Sambil aku tunggu budak budak aku siapkan barang yang diorder, makcik ni sergah aku dengan soalan cepu emas (infact, orang ke 2 yang soal aku) bertanya berapa ratus aku habis siapkan semua setup ni. Aku ketawa besar, aku jawab semua ni jadi murah sebab salah satu area yang mahal (IT) tu aku settle sendiri.

Makcik ni pun bercerita la itu ini dengan aku… sampai satu tahap dia bercerita pasal anak dia minat pasal perfileman dan sekarang study pasal filem. Rencananya nak bekerja / berniaga related dengan perfileman.

Disitu aku hentikan makcik tu, pada alasan yang sama jugak aku write post ni.
Ini cuma idea aku, mungkin tak terguna pakai untuk semua orang. Aku jawab kat dia macam ni.

1) Jangan berniaga hal yang asalnya adalah minat. Kita takkan tahu asal yang trigger minat kita tu.
2) Jatuh cinta dengan idea sendiri – kita akan jadi bebal, tak nak dengar cakap orang.
3) Emotion attachment – keputusan perniagaan akan lebih condong kearah keputusan beremosi dan berubah mengikut keadaan.

Minat/hobi ni hal hal yang kita suka dan kita buat secara sukarela, kita tak mau terjebak dalam keadaan kita mengorbankan minat kita untuk memenuhi permintaan pelanggan. Kita jugak tak mau bekerja dimana kita diarah oleh seorang pengurus yang langsung tak reti apa yang kita buat atau mengarah membuat apa yang kita buat itu bertentangan dari minat kita.

Pendek kata, aku tak agree dah dengan idea untuk berniaga berkaitan dengan apa yang kita minat.

Regards,
bublers

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Business, Family (2 of 114 articles)