Persiapan tahun baru

by Mr bublers on 10/11/2013

Dari kecik dipesan suruh pilih kawan.
Pengamatan biasa, kita faham yang kawan kawan ni mempengaruhi salir alur hidup kita. Jadinya kalau kita berkawan dengan yang biru, biru lah kita. Hitam .. hitam lah kita.

Kalau kita google, kita akan jumpa banyak post & pages yang cakap “Half of All Friends Replaced Every 7 Years” .. menarik kan ? Tapi itu adalah perkara yang menjadi secara lumrah. Kehidupan secara lumrah adalah kehidupan biasa. Unless itu yang korang nak, silakan ..

Dah nak masuk tahun depan, sama macam preparation menambah hutang ASB / terminate loan lama dan sapu loan baru etc… preparation tahun baru untuk pengalaman baru juga perlu.

Sampai masa untuk mempertimbangkan kawan kawan baru.

No this is not new to me.
Contoh :
Aku ada 3 orang antara yang rapat dengan aku di office.
Satu hari, aku bagitau
“geng .. aku rasa aku tak mau kawan sangat dengan korang lepas ni”
Semua muka terkejut, so aku explain
“aku dah kawan ngan korang bertahun, dan efeknya aku masih macam ni, so aku nak p kawan dengan orang lain tengok apa jadi”
Dah nama kawan yang bagus, derang ni respect, kami still berkawan, still berbincang secara yang sangat terbuka sampai hari ni sambil masing masing mencari kawan kawan baru. Interestingly our live experience expended. Best gila …

Pendek kata, ni dah bulan 10 .. dah nak masuk tahun baru, tak payah tunggu 1hb January baru nak cari azam tahun baru kalau masih duduk dalam acuan lama.

Regards,
bublers yang hensem bergaya tapi spek itam hantar warranty tak dapat dapat balik lagi

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in bubmy, Friends (27 of 483 articles)