Geng bapak

by Mr bublers on 06/25/2013

Tiap hari aku akan jumpa segerombolan manusia yang bernama bapak. Tak kira la panggil ayah ka .. abah ka .. daddy ka .. papa ka .. tapi semua lelaki yang dah ada anak.
Dalam gelak senda tu, ada ja cerita semua selit cerita pasal anak anak. Raja dengan Dev yang dah pandai backing dia, Daus dengan cerita Der, Saiful dengan cerita Alif, Idris & Abe dengan angkatan tentera diaorang, Shah dengan anak dia yang selalu jadi bahan bukti pickup kreta, Pian yang sampai hilang langsung lepas dapat anak & ramai lagi geng bapak yang ghaib.
Persamaan dalam semua semua geng ni, semua struggle, pulun macam susah gila gila. Bila diteliti, baru la perasan yang susah tu geng bapak ni cuba untuk hidup dalam 2-3 kelahiran. Kais siang malam seboleh boleh nak bagi family makan sampai anak cucu. Kalau ikutkan, ketelitian ni mengalahkan geng geng mak ni. Setiap sen yang di kais akan didarabkan dengan masa, interest, dividen, untung & rugi. Konon macam terer la susun duit syiling buat effek domino.
Dulu ada salah sorang duduk depan aku, terlena tersengguk sengguk. Terharu gila bila menengangkan berapa awal dia bangun pagi nak hantaq anak pi sekolah. Berlari lari time lunch pulak si Shah, amik anak dari brainy bunch. Daus tahan telinga sebab anak cerita bercita cita nak dapatkan kerja yang specificnya berciri “balik awal”. Aku cam biasa la, kena bahan dok tunggu anak call suruh balik.
Letih ? gila apa .. nak tipu apa .. letih la woi .. mata tengok tv tapi otak ligat berfikir, gelak dengan kawan kawan tapi hati kat rumah.
Pada setiap keletihan tu, ada sorang lagi, sangat penyabar. Tunggu bila laki nak balik.. yang ni yang dulu dulu kami dok ajak pegi berdating siang malam. Telipon bergayut sampai terbalik motor. Kena halau ngan pak guard sebab melepak kat shopping mall. Tekun tunggu kami habiskan kerja kami walaupun masa tu cuma awek, masa depan yang belum tentu. Kami hargai saat itu. Kami bercerita sakan saat saat pengorbanan awek awek yang berakhir menjadi Isteri ni … tak tipu :) kot ada yang malu .. kali ni kantoi la .. aku cerita.

lempik

Dalam satu hari, ada 24 jam.
8 Jam tido
1 jam prepare + travel pegi keja
1 jam travel balik keja
9 jam di office (patutnya buat kerja)
1 jam recoil tanki
1 jam baring lepak tenangkan otak

21 jam dah habis, ada lagi 3 jam,
duduk dengan family tak dapat fulus
kluar cari fulus tak dapat duduk dengan family.

Kengkadang ter-spend masa lebih kat luaq, ada time memang kena qada masa dengan family, mana mana yang terlepas, mana mana yang terbazir, mana mana yang terluang.

Aku tak tau mana hala tuju apa yang aku tulis, lama gila tak tulis, aku nekad tulis apa apa saja yang terlintas dalam kepala otak aku, selain cari makan.
Damn… aku lapaq (lagi).

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Family (6 of 74 articles)