Saiko

by Mr bublers on 11/20/2012

Lama gila aku tak mengarang.

Cuti 9 hari dari Sabtu lepas. Aku lepak rumah sat, then anak bini aku balik kampung. Aku dengan muka bongkaknya turun Penang sorang sorang. Tak tau apa sangat yang aku buat, tapi aku bercuti la .. aku cuti dengan balik ke perangai huduh aku .. buat suka suka hati, decide suka hati. Aku punya pasal la apa nak buat apa aku nak decide. Cuti kan ? hahhaha

Dalam baek nya dok lepak Penang, bleh plak MrJinn call tanya apa nak makan kat Penang, kesudahannya .. kami round seharian, makan sampai dia letih tak larat nak makan. Anak dia siap muntah dalam kreta. Kesian ke MrJinn dok kena basuh.

Aku cecah rumah bapak aku, dia dok crita pasal alat alat letrik dia yang rosak. Kesian dia, dok sorang skang ni. Adik pompuan aku yang bongsu pun keja KL, next year dia nak sambung study. Aku tak tau apa nak komen. Pasal ni la kot penting sangat berkemampuan, nak bela semua semua senang.

Masa aku gerak dari Penang, kebetulan geng PenangFM nak pegi mandi kat Lata(air terjun) Sedim. Aku join sekaki la .. mandi sampai mengelupas kulit. Tak sedar hujan disekeliling kawasan, arus air gegila nya kuat, sempat aku hanyut sekali, nasib baik pegang DunhiLL, kalau pegang ProVari mau kaciwa aku aritu.

Balik mandi Lata Sedim, badan aku gatal gegila. Itu pun idak, continue karaoke sakan. Betul la .. suara bebudak Penang memang sedap la .. (wahahahhaha). Hebat hebat tiap sorang, kalau kat KL ni geng balada ramai la .. nyanyi kontrol ayu. Tiru band indon murah la kot ..

Ni aku dah sampai KL, sepatutnya Ahad adalah hari last cuti aku, aku cuba untuk continue dengan mula buat kerja di kedai start Sabtu, sambung ke Ahad. Still … aku masih dalam mood cuti, cuti yang dimana aku masih buat hal sendiri. Ada runsing yang tak hilang, aku sendiri tak tau apa sangat yang aku runsing. Harap aku dapat tarik balik semua sisa sisa semangat yang ada ni.

Ahad, bapak aku turun KL (serentak mak / pak mertua aku), otw balik rumah, aku dok singgah sana sini.. beli barang dapur la .. makan la .. sama macam perangai aku, dia ni pun menyampah orang dok singgah singgah, obvious gila nampak dia letih.
Ingatkan terhenti kat situ la, Isnin pagi, bapak mertua aku dok menyuloq kan depan tv cari timing tidoq, bapak aku call member suruh mai ambik, pi ronda. Perangai sama, tak bleh nak bermasyarakat…

Petang tadi dia dok test meronda naik moto kriss. Lepas tu dia sambung kluaq ronda. Dia balik tadi aku tanya dia .. dia cam dok syok ja moto tu. Aku nak kena start cepat la dengan project CB125 aku tu. Kot yang tak pernah tengok/tau apa tu CB125, ni aku attach gambaq bagi tengok. Aku nak kena p Sentul confirmkan ada idak parts baru untuk moto ni. (Faito Racing Kit memang tak wujud la)

Barang barang aku order dari China aritu masih blom setel dengan Kastam, petang semalam call DHL tanya apa aku perlu buat, dia cakap tak ada apa apa aku nak kena buat. Just tunggu nanti derang settlekan.

Hutang (lapuk) Telekom dah settle, siap dah apply UnifiBiz :D . Allhamdullilah rezeki tuhan bagi melimpah limpah. Sini satu lagi area yang membuatkan aku lost control, harap aku dapat jalankan semua ni dengan berhemah. Bawah kulit yang sat itam .. sat kurang itam .. sat itam balek .. aku masih yang sama.

Regards,
/bublers

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Family (7 of 74 articles)