Hutang untuk perlaburan ASB vs simpan sendiri – Tanpa kira kira matematik

by Mr bublers on 12/15/2011

Dah selalu sangat orang tanya aku soalan : Mana lebih bagus, simpan sendiri atau amik kemudahan hutang dengan bank untuk melabur di ASB.

Majoriti group ni memikirkan simpanan masa depan / untuk anak anak.

Disebabkan memikirkan anak anak .. ini contoh perbualan aku dengan salah sorang kawan aku satu masa yang lepas. (cerita ni dah diolah mengikut sesedap rasa aku)

Faizal : Bub, ape faedah amik hutang dengan maybank untuk perlaburan ASB ni ? bukan ke interest tu menguntungkan Bank je .. 8% ASB kasi, but bank makan sampai 4%. Kalau simpan sendiri boleh kita sapu trus 8% tu.

BUB : Jom kita kira tanpa matematik la ye Faizal ? aku mulakan dengan soalan ye ?

Faizal : Okeh

BUB : Ko datang keje naik moto, aku datang keje naik moto, sblom ko naik moto .. ape ko buat ?

Faizal : Tawakal

BUB : Ya betol, kot mati tengah jalan …

Faizal : a ah ….

BUB : Aku hutang 50K dengan Maybank untuk ASB investment, bayaran bulanan aku rm275, aku dah berhutang selama 3 bulan vs ko yang simpan sendiri rm300 selama 3 bulan. Kalau kita sama sama mati pada hari yang sama : Aku mati dengan meninggalkan hutang berinsuran, so family aku akan dapat 50k .. ko mati .. anak bini ko dapat rm900.

Faizal : wooooo

Nampak ye murid murid .. ini perbezaan kiraan perlaburan berhutang vs tak berhutang .. pada kadar pendapatan aku yang tak seberapa ni ..

Sekian ..

/bublers

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in bubmy, Family (303 of 481 articles)