Pandangan aku

by Mr bublers on 07/4/2011

Tadi petang, aku anak beranak on the way nak pegi rumah mak aku, singgah kat satu gerai, tertulis terang di bumbung gerai tu “Lembaga Zakat Selangor”.

Mencetus ingatan aku pada surat yang aku terima sebulan selepas aku sewa rumah di Saujana Damansara Damai. Surat permohonan zakat untuk membayar sewa rumah – berjaya.

Bukan tentang bantuan tu aku nak tulis, tapi hal usaha meminta bantuan yang disusuli dengan usaha.Sepanjang aku berkawan, ramai yang bising pasal bantuan untuk Melayu.

Yang aku hairan,

  • Pertama kali aku jejak kaki ke Pejabat Mara .. yang ditanya “nak buat loan ?”
  • Loan ASB aku tak perlu apa apa pengesahan, terus lulus je (masa tu nama aku masih listed dalam CTOS)
  • Aku menjahanamkan duit subsidi sekolah dulu, sampai hari ni aku tak pernah kena bayar
  • Hampir semua bantuan yang disalurkan bersyarat “bumiputera”
  • Diskaun pembelian rumah hanya untuk bumiputera
  • Yang minta bantuan zakat, majoritinya lulus (asalkan memohon, akan dapat)

Bila aku kerja sekarang .. antara sebab syarikat luar buka cawangan di Malaysia

  • Kestabilan politik
  • Luar lingkaran gempa bumi
  • Manpower yang harga sederhana (tak murah jika dibanding negara lain)

Kalau diikutkan logik, Filipina yang majoriti rakyat berbahasa Inggeris lebih kuat berusaha, Manpower yang sangat murah dan juga ada area yang tak terlibat dengan bencana alam. Membezakan kita dan mereka ni, cuma Kestabilan politik.

Hari ni, aku tengok bangsa aku sendiri mintak supaya dilucutkan keistimewaan Melayu. Politik antara bangsa lain, yang berkumpul di tengah jalan majoritinya Melayu.

Berkumpul di tengah jalan bukan halnya, tapi hal sebesar ini buatkan Malaysia tampak sebagai negara yang politik porak peranda.

Lebih detail, yang menjadi isu, semua membabitkan “harga” & segala yang melibatkan wang.

Semua berbalik kepada wang ringgit. Gelap mata, lupa diri, tak sedar diri menjahanamkan negara sendiri.

Tiada usaha memajukan diri sendiri selain dari memburukkan orang lain bagi menagih simpati.

Baru baru ni ada seorang budak yang tak henti henti bercerita hal dia menjahanamkan web kerajaan. Aku mulakan perbincangan dengan 1 soalan :

Kalau orang nak serang Malaysia, apa patut kita buat ?

  • Menjadi pejuang – bersama mempertahankan Malaysia?
  • Menjadi penderhaka – bersama usaha menjahanamkan Malaysia?

Situ pun dah jadi penderhaka, apatah lagi kalau mempermainkan maruah Agong :

Kita tak perlukan kacau bilau ni, tunggu PRU akan datang, laksanakan tanggungjawab. Aku tak rasa SPR berdiam diri dengan mana mana penipuan terjadi selama ni.

Sebagai contoh : Informasi BERSIH 2.0, tentang lebih 60 pengundi dalam 1 rumah di Permatang Pauh

Wikipedia dah cukup untuk membantu diorang buat kerja – http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_kecil_Permatang_Pauh_2008

Pendek kata, majoriti semua hal dan tanggungjawab ni dah ada pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas mereka.

Yang tinggal, cuma tugas kita untuk diri kita sendiri, memperbaiki diri sendiri.

Bayangkan contoh , dengan porak peranda semua ni, syarikat asing seperti Daihatsu(perodua) bercadang untuk memindahkan kilang mereka ke negara jiran.

  • Ribuan pekerja Daihatsu akan mengganggur
  • Ratusan kilang sub yang mewakili ribuan lagi pekerja akan kehilangan mata pencarian
  • Peniaga kantin kilang akan hilang mata pencarian
  • Peniaga nasi lemak di depan kilang akan hilang mata pencarian
  • Pengusaha van kilang akan hilang mata pencarian
  • Pengusaha kedai runcit akan hilang mata pencarian
  • Peniaga kereta & motor akan hilang mata pencarian
  • Bengkel kereta & motor akan hilang mata pencarian
  • Jutaan pekerja yang terlibat akan hilang mata pencarian
  • Anak anak pekerja yang terlibat akan mewarisi kemiskinan
  • Jenayah akan meningkat, menjadikan Malaysia bukan lagi negara aman.

Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Secara asasnya, hal porak peranda ni akan melumpuhkan ekonomi, dan tiada siapa yang untung dalam hal ini (melainkan negara asing yang sangat suka kalau Malaysia porak peranda)

Aku harap sangat ada yang sanggup meluangkan masa untuk membaca post dari seorang kawan : http://shahabudeenjalil.com/2011/05/antara-kaya-dan-miskin/

Kita langsaikan hak kita pada Pilihanraya Umum akan datang, kita tentukan sapa yang layak untuk menjadi pemimpin. Cumanya, kita tak perlu porak peranda yang diwar warkan sekarang.

Kot rajin nak porak perandakan, boleh tonton contoh video ni dan fikirkan semula : Melayu adalah pendatang

 

Regards,

/bublers

Bangsa Melayu against Bangsat Melayu

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Business (12 of 47 articles)