DNSSEC@Mynic.my | http://localhost.my

by Mr bublers on 07/2/2011

Bukan aku yang register sendiri benda alah ni ..

Si Saab yang registerkan, dia ni rajin tengok email semenjak dia pakai telipon mahal yang “apa pun tak boleh – Jambu ML” ni, email tu ja kot yang bleh berfungsi elok.

Aku join ni sebab respect kerajinan dia tolong dapatkan 1 seat untuk aku, walaupun pada awalnya aku memang panas ati sebab tak check dengan schedule keja aku.

Cuti 3 hari beb, masa apply cuti baru aku nampak berapa banyak cuti aku yang burn selama ni & cuti yang aku akan kena amik supaya tak burn lagi tahun ni .. dem .. merlambak lambak cuti …

Workshop ni jalan 3 hari, pergkh .. secara teknikal .. cuma nak kasitau cemana nak layan bind + ipv6 .. lepas tu nak cert & sign supaya tak bleh orang nak spoof ..

Tapi, fuhhh meleret .. workshop ni bebetul derang jadikan sebagai “pengenalan industri” kepada penggunaan 2 hal ni.

2003 dulu Darryl & bebudak MyBSD dah rajin cuba memperkenalkan ipv6 http://tbroker.mybsd.org.my/ ..  tapi tu la kan .. nak sumbat box sebijik kat datacenter pun dah mahal nak mampos, nak nak plak price baru per mb yang mcam gila .. Sapa la yang nak amik tau pasal hal ipv6 ni .. semua pun client .. ni masaalah ISP .. :D

Terkial jugak la aku, tak pepasal nak kena configure bind…. webmin dah merosakkan hidup aku dari awal kewujudan dia .. lepas tu directadmin plak rosakkan aku .. lepas tu cpanel plak menjahanamkan lagi, lepas tu niat melupakan teknikal konon .. bisnes konon.

Yang aku suka masa aku kat sini, facilitator, bebudak localhost sdn bhd. Last dulu aku ingat yang dok promot ngan aku sangat .. si abigoroth/akob … masa 1st Amir bagitau email amir@localhost.my … aku tersenyum sakan .. masa tu aku dah tak risau pasal ade topekong sorang dok cari glemer tak henti henti nak naik stage. Company Melayu ..

Bebudak dari localhost sdn bhd ni .. 1 hal aku cukup suka .. muka jernih .. sabar .. hahahha dem ayat aku cam gay … tapi .. ya .. sabar .. yang tukang tanya ni semua jenis nak guna cursor klik kat ssh terminal/putty .. memang tak pernah pegang Linux/UNIX .. sabar betul bebudak ni ..

Not about mynic .. aku cuma nak cakap tahniah kat geng LOCALHOST SDN BHD http://localhost.my pada effort shown sepanjang 3 hari seminar. Tahniah …

Sebelum aku sampai, dalam kepala otak aku, dok fikir, majoriti diorang yang dijemput ni buat business yang sama, macam mana competitor nak duduk semeja .. dah la tu .. teknikal .. sah seminar ni jadi hitb .. pakat dok baca packet orang lain ..

Yang duduk belakang aku, awal awal aku sampai tengok putty bersepah kat screen …. macam dia sorang reti … siap pakai tie .. yang sebelah dia .. login screen Ubuntu .. saiko aku kejap .. semua admin industri .. Kalau yang saitonirojim .. sah sah takde dah windows ni .. jenis jenis tu walaupun image tak menarik .. tapi tau hati baik .. wahahha

Sepanjang aku kat sana, connect guna phone walaupun wireless ada .. dalam tu .. ada plak “hackers” kiri & kanan aku manjang nak tengok screen .. sibuk ja .. chiss … silap betul tak bawak privacy screen protector aku kat opis tu.

Tup tup .. dem .. boleh plak naik pentas tunjuk demo cemana sniff packet .. dem dem .. derang jaga gateway .. derang tunjuk .. saiko saiko .. saitonirojim …

Aku jadi gedik, dulu tak suka amik gambar .. suka buat muka ketat .. aku gagahkan bergambar senyum senyum .. seb baik la terserlah cahaya keimanan masa tu …

 

p/s : Kalau mynic bagi free ipv6 1 block sebagai hadiah untuksapa yang buat sungguh sungguh .. mesti ramai yang tak buang masa isap rokok dalam tandas PWTC :D

Rergards,

/bublers

 

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Business (13 of 47 articles)