Bumi dipijak milik orang

by Bublers on 04/24/2011

Sampaikan aku tak tau apa tajuk aku nak taruk dah untuk post ni … tak ada sebarang niat menghina atau mencela memana pihak, sekadar menaip sebagai tanda jangka ukur berapa jauh aku akan berubah selepas ini.

Macam aku nyatakan secara jelas diatas, posting ini sekadar tanda jangka ukur untuk diri sendiri, aku harap tak ada yang degil cuba untuk judge pendapat untuk setahap 6am Ahad 24/04/2011 ni … Esok lusa belum tentu lagi .. manusia berubah….

Sama macam mana cerita Bill Gates yang tak tahu apa apa, amik Operating System kawan yang tak menjadi dan pasarkan ..

Masa tu kalau tengok on paper, dia tak pandai pun, tapi kalau tengok hari ni … dia pandai .. kan ? hahahahah

Tengok nasib manusia manusia yang cerdik pandai, developer UNIX .. pengasas Wikipedia .. pandai .. tapi ? hasil ? cam yang tak pandai je pun …

Persamaan yang ada pada kedua dua jenis manusia ni .. diorang taksub .. taksub dengan cara masing masing ..

Pendirian pengasas wikipedia yang tak mahu membuat apa apa profit melalui iklan di wikipedia.com .. berakhir dengan meminta derma dari pengguna .. sedangkan penggunaan wikipedia oleh pengguna sendiri cukup untuk menjadikan dia sebagai Robin Hood, hanya dengan penggunaan kerap yang sedia ada.

Developer UNIX, hebat nama nama ni kalau nak disebut.. kekal dengan pendapat sendiri .. biarpun terkebelakang, kuno dikatakan asalkan record Operating System masing masing tak ada lubang dalam mana mana default release. Wow, macam masa, tika & waktu tak memberi sebarang makna, kemajuan adalah satu kerosakkan.

Bill Gates, gila dengan wang ringgit, gila dengan dominasi, percaya dengan kecantikkan .. asal cantik je release, asal release je tambah cantik .. asal gomen je kasi free .. dominasi .. tekan yang nak naik, pulun duit sorang sorang … Kalau serentak satu Malaysia ni bayar lesen (aliran duit ke luar negara), buta buta ja kita kena gegar inflasi gegila sebab tak ada pusingan wang dalam Malaysia ….. tu betapa sakai nya mamat yang “tak pandai” ni punya pandai.

Taksub sampai buta bijik mata .. Taksub sampai buta hati …. Taksub hebat tahap tangkal Merong Mahawangsa .. apa pun tak lut .. satu ilmu baru pun tak masuk .. Degil tahap bebal .. Pesan orang tua tua, jumpak orang sebagai mangkuk kosong baru ada ruang untuk ilmu baru nak diisi, yang ramai sekarang jumpa orang pun tak nak .. dok buat terer ala ala mangkuk ayun.

Penyakit keturunan tak wujud, yang wujud adalah satu amalam sama yang diperturunkan .. Kalau bapak kencing manis, mungkin sebab bapak maki emak sebab masak tak manis, kesudahannya anak dah terbiasa makan manis, mak kena makan apa dia masak, anak angkat pun kena makan apa mak angkat masak .. kencing manis la semua ..

Amalan yang sama diulang ulang, kemiskinan diperturunkan, orang dok sibuk bukak mata, dia dok sibuk pegi tutup mata orang .. dah elok elok dapat keistimewaan 8% dari ASB .. ada bangsat yang dok seronok dengan sogokkan 25 sen sehari .. disebabkan 25 sen ni, ketuanan Melayu nak diperlecehkan. Kau memang bangsat …

Bagi 25 sen sehari, upah untuk menjerit jerit di facebook, menjerit jerit dijalan raya, tepuk meja, maki bangsa sendiri… Melayu jumpak Melayu cakap Melayu, Melayu jumpak bangsa lain cakap pelat. Bangsa lain jumpa melayu cakap English, Melayu terkulat kulat.

Diberi segala kemudahan, diletakkan pada satu taraf ketuanan, pilih untuk minta mengecualikan diri dari keistimewaan. Bongkak kan .. tapi hairan, tiap kali apa apa kemudahan disukarkan, menjerit jerit macam anu kena cucuk besi. Keras salah .. tak keras pun salah .. hairan ..

Bila disebut tentang Bahasa, sibuk nak membandingkan dengan Jepun. Asal cakap apa apa pun, sibuk nak buat bandingan. Orang nak ajar ko makan, ko sibuk nak compare dengan orang atas katil hospital yang makan guna tiub. Lebih advance katanya …

Tak cukup dengan membanding, sanggup pilih pilih ayat dalam Quran, susun semula turutannya, semata mata nak menegakkan Ketaksuban diri sendiri. Air ketuban pecah sekali, esok esok ko dah nak mati .. dari sibuk pasal orang lain, apa kata sibuk improve diri sendiri.

Hari ni sibuk memperjuangkan ketaksuban diri sendiri demi orang lain, yang tergadai … masa depan anak bini. Nak yang sedap aje .. anak nak kena ramai, rezeki konon .. rezeki anak bedal buat benda benda lain .. ko mati esok anak bini tinggal terkulat kulat, tak cukup semasa hidup apa yang ko dah kumpul … bertambah lagi bila ko dalam kubur ..

Aku ni dah generasi keberapa dah .. tapi berapa kerat bangsa aku yang betul betul memperjuangkan masa depan Melayu .. kalau betul ada .. aku tak rasa Melayu Malaysia ada di tahap bangang semacam sekarang ni … Heh ! ko pergi tinggal dengan bangsa lain, ko pergi belajar macam mana pengorbanan diorang untuk anak bangsa diorang 2-3 generasi lepas .. jangan main cakap lepas …

Memporak perandakan ramai la .. sebab 25 sen sehari ..

Cakap senang beb, cakap orang gila duit .. cakap orang makan duit .. ko pegi jadi Perdana Menteri tengok .. jangankan Perdana Menteri sekarang .. yang Wannabe tu beromen pun sana sini kantoi .. bergerak sket je ade orang record .. sampaikan jam tangan pun orang tahu .. kalau ko gaji 10 juta sebulan pun .. takde nilai kalau ko tak mampu nak spend ..

Bertuah la kamu berada di depan pc sekarang boleh membaca blog, surfing internet .. asal nampak je punat “comment” .. tekan .. bangkang apa fakta yang tertulis ..

Terbalikkan keadaan .. ko dalam satu kertas kosong, aku nak tengok hebat ke idak ko nak keluarkan sebaris sebaris ayat .. tahan mata pedih orang lain dok tekan punat “comment” membangkang tindak tanduk ko ..

Tak cukup sorang sorang dok “comment” membangkang … diberi 25 sen sehari, sanggup gadai puki mak sendiri panggil ramai ramai lain untuk memenangkan diri. Memang bangsat …

Sebelum ko nak membetulkan orang lain, betulkan diri sendiri .. Menyelam sambil minum air bukanlah tindakan bijak dalam dunia realiti .. itu tindakan membunuh diri …. jangan main ikut membuta tuli ..

Biarkan si Luncai terjun dengan labu labunya tu bermaksud si Luncai tu cerdik .. bukannya ko melepaskan orang yang bodoh .. bodoh …..

Regards,

/bublers

 

There are 4 comments in this article:

  1. 04/24/2011hezrinsalmi says:

    Amboi cam marah ajer bub? mendalam makna blog hang ni… hhehe!! inspirasi gak wat aku…. kuikuikui!

  2. 04/24/2011Bublers says:

    saja sebagai nota :p

  3. 05/4/2011Akmarwati Ab Rashid says:

    marah kat sape tu haaa…?sabo3…

  4. 05/4/2011Mr bublers says:

    sapa lagi.. bangsa sendiri .. orang kampung aku …
    Dapat rm100 setahun ..
    Bersamaan 25 sen sehari …

    Result :
    cam kedai game .. taruk 50sen (2 orang)
    bleh tengok 2 melayu dok lawan hantuk kepala sesama sendiri.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Rubbish (14 of 59 articles)