Mencari Rejeki

by Mr bublers on 04/17/2011

Topic ni bukan untuk dibincangkan, aku lebih kepada nak berkongsi apa pengalaman aku tentang tajuk ni …

Sebab banyak hal serius yang aku jangka akan aku tulis .. aku harap yang membaca dapat clearkan kepala otak dari unsur unsur sial …. cuma fahami dengan terbuka .. dari perspektif aku ..

1) Macam yang semua sedia maklum, pecahan rezeki adalah lebih besar dari sumber rezeki berniaga. Ini ada diterangkan dalam Kelas Agama Islam even dari sekolah dan hal yang sama diulang ulang sampai terngiang ngiang jadi igauan semua manusia. Baik yang faham atau yang sekadar nak tunjuk terer meniru perlakuan untuk bercakap.

2) Alasan dari yang makan gaji, berniaga ni adalah satu keadaan yang kita boleh forecast, tapi untung rugi adalah satu keadaan subjektif, tak ada seorang pun yang pernah boleh menjamin pendapatan yang tetap dari berniaga.

Keadaan diatas menyokong satu keadaan flexi dimana rezeki dapat disampaikan kepada kita dengan mudah. Dapat sales yang tak diduga tiba tiba selalu terjadi, kalau tak percaya, tanya kawan kawan yang berniaga, ramai yang pernah mengalami keadaan ni.

Tapi tak ramai pernah menganalisa pada dalam keadaan mana yang perkara yang aku sebut diatas ni terjadi.

Yang selalu jadi kat aku :

  • Susu anak nak habis
  • Barang dapur nak habis
  • Gas nak habis
  • Bini aku niat gunakan duit untuk hal hal berkenaan anak aku

Kalau tiap bulan slip gaji tunjuk number berbeza, macam heran la jugak kan. Tak mustahil Tuhan nak menambah rezeki kita dalam keadaan tu. Cumanya aku rasa nilai purata gaji kita tu dah cukup dengan Quota tanggungan kita.

3) Quota, cam hairan kan .. banyak mana kita dapat, semua tu masih macam ngam ngam (manusia tak pernah cukup).

Aku tak nafi, ada yang dapat “macam terlebih”, pada saat ko dapat yang “macam lebih” ni, baik ko kaji balik, mungkin Quota ni :

  • Khas untuk anak
  • Khas untuk bini
  • Khas untuk masa depan
  • Khas untuk tanggungan ko yang lain

So ko nye spending, kena masih kekal macam biasa, rezeki extra yang diberi tu bukan untuk ko g joli bukak Black Label lepak Hard Rock.

4) Rezeki ngam ngam, hairan kan apasal rezeki ni ngam ngam kan ? apsal tak lebih …

  • Supaya ko bersyukur sebab cukup (tak kurang)
  • Sebab masa ko mintak tu ko nye Doa sebut “Hidup sederhana / cukup makan pakai”
  • Tak pernah mintak
  • Malu nak mintak
  • Bongkak nak mintak
  • Lupa

Lupa eh ? Aku yang tak terer ni, aku tahu ada tertulis yang Tuhan tak pernah lupakan kita, walaupun mostly ramai diantara kita yang selalu terlupa dengan Dia. (aku tak terkecuali, tak yah nak sinis ngan aku sangat)

Tak mintak ? dah disebut jangan bongkak untuk mintak, yang buat terer bersopan konon .. mintak sederhana .. tapi bila dapat sederhana .. mengungkit .. cakap cobaan la .. musibah la ..macam macam

Mintak banyak ? Mintak ja la .. kan Dia suruh mintak .. kalau mintak sederhana boleh dapat .. apa salah ko mintak banyak banyak, sebut in detail .. ko nak Duit banyak .. Masa banyak .. Kesihatan tahap maksima yang berkekalan .. saudara mara,  sahabat handai semua kaya raya, banyak masa dan baik hati .. Tak salah ..

Panjang sangat nak baca Doa ? bapak ko pandai plak ko merengek tak kena masa kan .. tengah tido ko terkencing pun ko merengek panggil kan ? Mintak je bebila masa .. merengek je mintak .. bodek kaw kaw .. paw kaw kaw .. Dia Maha Pemurah, Maha Kaya .. takdenye nak berkurangan setakat nak kasi ape yang ko mintak ni ..

5) Kang Kaya kang jadi jahat pulak …

Aduh .. sape ajar ko ni camni .. yang kaya kaya ni .. ko kirakan nisbah yang merompak, merogol, mencuri & etc .. nisbahkan dengan yang miskin ..

Jangan dok menonton filem Hindustan sangat .. cerita mengarut .. asal kaya je gengster .. asal miskin je mesti baik tapi terainaya .. yaang terpengaruhnya orang kita ..

Member aku Shahabudeen menyedarkan aku pasal tajuk no 5 ni pada hari 1st aku knal dia. Aku berterima kasih sangat dengan ilmu/kesedaran tu.

6) Nak makan gaji ke nak berniaga ?

Ape masaalah korang ? dua dua pun punca rezeki kan ? gasak je semua .. buka segala peluang rezeki untuk diri sendiri dan tanggungan ..

7) Masa ? Balancekan masa bebetul, ada yang diberi kekayaan kaw kaw, tapi langsung tak mampu nak spend duit .. Faham maksud aku ?

Ko try jadi Perdana Menteri, Gaji gegila nye banyak, tapi duit tak laku .. g mana pun orang kasi free, belum sampai niat nak beli ferari .. dah ada orang offer nak kasi .. kalau amik kang timbul fitnah plak .. so takbleh amik

Even dah amik Ferari .. Pesit KL – Penang bawah 2 jam .. tapi tak bleh sebab nak spend masa 2 jam pun tak mampu .. kesian ?

Kesian lagi kat anak bini .. macam tadak bapak/suami ..

—- Penutup, aku tak larat nak taip .. tahan kencing dari tadi dok menaip ni … satgi kena batu karang plak ..

Apa aku bleh cakap .. bukak lah segala peluang .. mintak lah … Insyallah .. Dia bagi …

Untuk yang nak belajar tips berniaga .. perlukan mentor .. boleh cuba deal dengan kawan aku .. Raja Borong China

Kalau ada yang nak support aku berniaga, sini link  ke Webhosting aku -> http://bubhosting.com

Regards,

/bublers

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Family (31 of 74 articles)