Kerja Hotel – House Keeping

by Bublers on 04/1/2011

Ni Nak cerita pasal April Fool ya .. jangan pening sangat, rilexkan otak.

Aku dulu study letrik kat skolah, so lepas skolah dengan angan angan nak jadi teknisyen la .. masa tu kalau gaji rm1.2k sebulan .. fuhhh abang hebat ahh … Majoriti kawan kawan semua pun ngidam gaji rm 1.2k ja .. aku tak tau la apa keramat number ni ..

Aku apply la kat Hotel Equatorial, teknisyen penuh, so aku kena keja House Keeping.

House Keeping ? ye .. keja kemas kemas bilik …. cuci jamban, cuci tab mandi, sinki, kemas katil .. taruk cadar, kutip sampah & segala mak nenek korang bleh nampak dalam bilik hotel la kan.

Memang la senang untuk aku buat keja sebab aku bleh main angkat je tilam masa nak kemas cadar, tapi boring la jugak kan .. aku kan jantan ketul ketul rempit racing laju terhebat fiona fiona I love you ni kan …

So nak jadi cerita sebelum aku berhenti, sama tarikh dengan tarikh aku menaip sekarang ni 1 April, aku buat projek.

Ada katil yang aku kemas, aku selit hujung atas cadarĀ  elok elok, 3/5 yang bahagian kaki aku tak tarik sampai penuh, aku lipatkan keatas & selit ke tepi cam biasa. Lepas tu selimut berlapis tu aku tutup cantek cantek.

Sepanjang hari aku tersenyum, terbayangkan cemana sakit jiwa orang yang tergedik nak tido, julur kaki, sekerat then sangkut .. Senyum beb senyum ..

Perlu imaginasi yang tinggi sket untuk paham prank atas ni. Tak perlu kot nak jemput Jibrail datang baca surah Iqra’ untuk korang membaca dengan teliti supaya faham kot.

Korang teringin nak mendajal ? ni aku nak kasi idea.

Esok pagi, singgah 7-eleven,

1) beli gam UHU 1 tiub kecik.
2) Spare syiling 50sen sekeping.

Pergi office macam biasa, amik gam UHU, taruk kat syiling 50 sen tu, lekatkan kat lantai mozek bebetul area depan lift office.

Then .. lepak tepi .. ko tengok betapa ramai kemaruk nak kutip … tak kurang jugak yang hipokrit buat buat tunjal ngan kaki.

Setakat tu je tips mendajal aku … kalau korang nak record 3gp & share sini, silakan :D

 

Sekian, selamat hari April Fool.

JANGAN CAKAP AKU TAK INGATKAN YE !!

/bublers

There are 2 comments in this article:

  1. 04/4/2011Akmarwati Ab Rashid says:

    macam2 la ko ek..aku pun pernah gak keje housekeeping. aku guna je balik cadar yang orang dh pakai. miahaha..

  2. 04/5/2011Bublers says:

    yess !!! derang tak tau kan .. towel yang derang pakai tu kita belasah cuci rim tandas je kan .. hahahahhahaa

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Rubbish (20 of 59 articles)