Pendapatan sampingan

by Bublers on 03/23/2011

Saja aku nak luahkan apa yang aku fikir setiap kali sesapa sebut hal mencari pendapatan sampingan depan aku.

  • ASB dia dah setel belum ?

Untuk yang bumiputera, hal ni sangat mustahak untuk dilengkapkan sebelum menjelajah kearah hal hal remeh yang lain.

Aku tak rasa perlu aku nak terangkan lagi tentang ASB sebab aku dah pernah tulis dulu disini pasal ASB Loan -> Letrik, Astro & Streamyx – Kaedah wang simpanan

Sila baca dan fahamkan link diatas supaya tak sesat ye ….

Simpanan untuk hari tua adalah mustahak, tapi yang selalu dipertikaikan adalah nilai wang untuk hari ini.

Bagaimana ASB Loan membantu ? dengan disiplin menyimpan/loan ASB, aku rasa korang secara otometik akan perasan, “kenaikan” confident dengan kehidupan sendiri sebanyak 30% secara tiba tiba.

Explainationya amat mudah, anda tahu, dengan rm300 sebulan yang sama, diulang selama 4 tahun dengan loan berasingan 50k setiap satu, menghasilkan rm200k sebelum anda mencecah umur 50 (secara purata).

Ayat pendek dan jelas = bermodalkan rm300 x 12 bulan, anda tak perlu lagi menyimpan bermula tahun ke 5 (jika itu yang anda mahu).

Duit gaji, tanpa perlu disimpan, bunyinya sangat menarik bukan ? “kenaikan gaji” / simpanan extra sebanyak 16 ribu setahun bermula umur 50, bertambah menarik bukan ?

  • KWSP dah laburkan belum ?

Ramai Agen investment yang sangat berkemampuan diluar sana, apa salah untuk call & tandatangan pada beberapa keping kertas supaya dia boleh membantu supaya wang KWSP anda bertambah.

Ya berisiko, fakta yang amat aku sokong. Tapi bandingan pada 4% inflasi pada nilai wang tadi, kerugian 4% tadi adalah kerugian pasti. Tapi yang kita cari sekarang adalah kemungkinan untung sedikit berbanding kerugian pasti tadi.

Kot blur tak tahu nak deal ngan sapa, aku boleh rekemen sorang member yang handle investment KWSP aku, dia ni bleh terangkan panjang lebar, untuk aweks, call je la, mamat ensem ni ….  : -> Zarizal Zakaria 0132829498 zarizal.zakaria@gmail.com

  • Rumah dah beli belum ?

Eh ? bukan cerita buat duit ke tadi ? ni beli rumah bukan tambah hutang ka ?

Hal ni bergantung pada mata mana ko nak tengok, kalau ko mata potey, memang tak nampak ah …

Untuk yang takde sen nak bayar deposit : Pegi je beli rumah yang tengah dibangunkan, rumah rumah ni selalunya dijual tanpa deposit atau deposit yang sangat rendah.

Make sure harga berpadanan untuk mengeluarkan kesemua account 2 KWSP ko.

Sah ko menumpang rumah mak bapak atau menyewa dengan kengkawan untuk save budget setiap bulan, so rumah tu kalau siap pun, ko sewakan je.

Wang KWSP account 2 yang ko keluarkan tadi, pegi lepak tempat auction

1)      Mungkin ko akan dapat membeli property bernilai 60k dengan harga 25k.

2)      Mungkin pembida lain akan dating bayar ko cash untuk ko tarik diri dari membida (setiap kali bid, minimum 1k naik, so skali goyang dah seribu, kena goyang kipas tu sekali lagi untuk bida lebih tinggi, dah 2 ribu, better diorang bayar ko lima enam ratus untuk ko balik je jangan kacau derang nak shopping rumah auction)

So, sebab ko ada modal beli rumah lain (cash) ko ada untung untuk bayar rumah pertama ko tadi.

Apply lagi untuk keluarkan KWSP account 2 supaya dapat membantu ko bayar rumah pertama tadi.

Pendek kata, ko akan dapat rumah pertama tu free of charge, dan ko masih ada extra cash dari pengeluaran KWSP pertama kali tadi & masih mempunyai kuota dalam poket untuk membayar/membeli rumah baru lagi :D

  • Ko dah tolong kawan ko belum ?

Dalam ramai ramai kawan kawan makan gaji, mesti ada yang selit dengan part time business atau ada yang dah siap full time business.

Sebagai kawan, anda adalah testimonial terbaik untuk satu perniagaan sebab dah kenal lama. Testimonial tu adalah modal korang untuk berniaga atas angin (ini istilah kasar).

Bantu kawan dengan mempromosikan business diorang, dengan syarat ko dah deal ko nyer komisyen lah kan ..

Even tanpa komisyen pun, ko masih untung ….. imagine semua kawan kawan ko takde sen, paw rokok ko tiap hari .. rugi la kan ? Then .. imagine .. semua kawan kawan ko promote kasi kaya, ko tak yah paw, derang datang belanja ko tiap hari sebab ko kasi diorang business.

Secara tak langsung, ko dah belajar untuk menjadi salesman yang bagus, ko berjaya mempromosi dan ini akan diakhiri dengan kejayaan menjual, sebab kawan kawan ko akan kembali membantu ko dalam bidang ni.

  • Dah guna semua skill belum ?

Skill yang ko ada adalah modal, sebagai contoh .. contoh je eh .. ni gegile tipu nye contoh ni ….

Tradekan skill ko tu dengan apa yang ko nak …… contoh ..

Syarikat Secretary … akan charge ko satu jumlah untuk daftar SDN BHD & satu jumlah setiap tahun untuk handle syarikat ko.

Tradekan skill .. dalam kes aku .. kita letak .. pembanggunan laman web untuk syarikat secretary (yang naturenya sampai sekarang masih keje dalam longgokkan kertas berselirat) ..

Skill ko sure mahal dari charge yang dia nak letak (everage 2.5k) .. so dia akan seronok dapat website rasmi yang mahal harganya (pada mata dia) dengan nilai cuma 2.5k (juga pada mata dia)

Dari mata ko, website tu cuma sekadar secebis dari masa ko berfacebook di internet.

Untuk bayaran tahunan, ko boleh kembali ke mana mana kawan atau ko boleh subscribe untuk Hosting + Domain, chargekan nilai tahunan Syarikat Secretary tu dalam ko nyer webhosting charges.

Pendek kata, dia dapat *free (sebab pekerja dia yang buat kerja) .. ko dapat *free (sebab ko langsung tak buat kerja hosting tadi) jugak ..silap silap ko lagi untung sebab komisyen hosting setiap tahun tadi.

  • Contact ko dah tahu ko ade buat semua ni belum ?

Call setiap contact yang ko kenal, lagi bagus kalau ko pernah bantu semua ni, sebab aku percaya perkara baik akan dibalas baik secara sendirinya …

Beritahu yang ko nak memulakan perniagaan, aku percaya .. either ko akan dapat barang murah atau paling best .. ko tak perlu stock barang (tak yah modal)

Berniaga tanpa modal ni amat best sebab ko takde risiko hilang nilai perlaburan .. jangan dikisahkan sangat pasal untung sebab tajuk cerita ni Pendapatan Sampingan, means ko skang masih bekerja so ko ada pendapatan tetap.

Untung dari pendapatan sampingan ni datang bersama satu demand … masa .. masa ko amat berharga masa ni, kalau perlu hire .. hire la …..

Aku ada idea sakai pasal hire orang ni .. ko boleh mulakan dengan komisyen setiap sales .. konsep ko garu aku .. aku garu kau …. ini orang sebut sebagai share partner ..

Share partner adalah satu topic yang sangat menarik .. ko boleh ada share partner selagi partner ni tak merengek duit dari poket ko .. dan dia membantu dalam perniagaan ..

So sekarang, ko ada ramai kenalan, ramai customer, ada kawan kawan yang membantu .. banyak masa & future terancang ..

Dont get too excited, semua diatas terlampau teori .. pepandai la korang aplikasikan kedalam hidup korang .. aku sekadar menulis blog sesuka hati aku ..

Kalau terasa nak berhenti kerja untuk berniaga .. itu hal korang .. tapi aku tak ada diskriminasi pada dua dua hal ni .. kerja pun duit .. berniaga pun duit ..  sapu dua dua .. tak yah dok pening fikir sangat …

Regards,

/bublers

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Business (18 of 47 articles)