Underestimate

by Bublers on 03/21/2011

Selalu aku suka bising sebab orang suka baca entry dalam blog ni sekali lalu tanpa ingat mana mana detail. Ya, tak salah, aku hanya manusia picisan, tapi kalau blur tak paham, itu korang nye pasal la kan…. dari awal aku start tulis blog ni aku dah kasitau .. aku tulis sekadar untuk LOG diri sendiri, nanti tua kot aku lupa, aku bleh bukak blog sendiri untuk mengambil kira semula segala tindak tanduk aku selama aku hidup ni.

Semalam, ada sorang kawan ni, dia buat kelas Forex, ajar macam mana nak spekulate  & trade Forex. Kawan lain membantu dengan “share” link website di facebook profile masing masing.

Nak dijadikan cerita, perkataan Forex & Spekulasi macam biasa aku pernah kena, semua pakat masuk hentam pasal Halal Haram 65 baris ayat la jugak sampai kami decide untuk duduk semeja, sebab tonasi menulis tak sama dengan bersemuka. Aku matikan ayat dengan “Ini la mamat tu sedang buat, dia ajar ko Forex, supaya ko faham, dah faham, dah reti, baru layak untuk kamu untuk fikirkan betul atau salah untuk diri kamu” dan ini bukan bererti anda layak menjatuhkan hukuman pada manusia lain.

“Everybody wants to play God” – Isfahanim Mohd Hassan

Jam 9.30pm, majoriti semua dah sampai, sambil sembang mengarut tu kami perkenalkan la diri & apa kami buat untuk hidup (kalau tak faham mana mana bahasa melayu aku, direct translate ke English – what we do for a living).

Yang ajar Forex ni rupanya ngaji sampai New York, ada PhD & kerja dia sangat murni, dia cari company yang ada potensi & ensure goverment bantu sampai masuk bursa saham, sori la aku tak tau nak explain mendalam sangat hal ni.

Sorang lagi, supplier Electric Cigarette ! mamat ni sangat mempunyai veto pada perniagaannya, dalam salah satu cerita, dia pernah terminate deal dengan salah sorang pemborong sebab pemborong tu menjual lebih mahal kepada customer, sampaikan satu hari customer (end user) menyoal dia dengan soalan (kenapa beli kat website encik lebih murah ?)

Sorang lagi ni tak yah perkenalkan pun takpa, dia ni business enabler, dia ajar orang cemana nak borong ke China, so sebab dia tak ada soalan diajukan ……. dia bertanya pada mamat sebelah kiri aku “hang buat gheja apa ?”

Mamat ni pun terdiam, so abang dia .. yang supplier Electric Cigarette ni tolong jawabkan – Hang tau band Estranged ?

Aku terdiam dah, aku tau, tapi aku jarang tengok tv, so aku tak tau Din ni mana satu.

Member aku dengan niat baik cakap “depa ni ada nak buat la nyanyi nyanyi kat sini (OJ’s Place Kampung Medan) agak brapa duit ah ?

Aku cuma mampu jawab “Mahai depa ni .. mahai ni .. ” letih aku dok ulang jawab mahai .. sebab aku ingat Estranged ni bukan cikai cikai .. menang sana sini ..

Kesian kat dia, biasanya awek menjerit jerit “nak sainnnnnnnnnn nak sainnn” tetiba kena kelompok ni, depa tanya nak suruh main kat kedai makan ja …

Mamat supplier Electric Cigarette ni continue menyoal, aku nya turn plak …. “You ni Uni mana ?” … Damn … aku nak jawab apa .. aku ni NOGO University ? aku pun ulang cerita Entry ANAK PAK RAZAK saja la … aku la paling cikai .. kan .. buat cemana ..ngaku ja la .. aku cuma salah seorang pekerja company IT dan menjalankan business IT secara kecil kecilan.

Kalau aku nak rumuskan, dalam tu semua cukup terer dalam bidang masing masing dan pendapatan yang agak lumayan.

  • Mamat Forex : Kerja + Forex + Class Forex
  • Business enabler : Borong + supply + Class borong + Celebrity
  • Electric Cigarette : Borong + supply
  • Estranged : Top band / Celebrity

Mungkin dari kesan perkataan “Comment” difahamkan sebagai “kritik” oleh rakyat Malaysia .. atau pun memang Comment cuma difahami kearah yang negative, kita menjurus untuk merendahkan orang lain.

Mungkin kita patut pegang sepanduk, menjerit jerit dijalan raya, kita mintak Facebook tukar “Comment” jadi perkataan “Puji“?

By the way, semua depa ni ada domain + hosting sendiri, rajin rajin nanti lawat la :

  1. http://senispekulasi.com
  2. http://kursusborongchina.com
  3. http://simplytorch.com
  4. http://www.estranged.info

Dulu aku pernah kata aku tak mau update blog dengan apa  aktiviti sembang aku, sebab nanti takut orang tak mau sembang dah, sampai apa sebut pun masok internet, tapi hari ni aku tulis gak ..  sebab aku rasa hal ni aku nak ingat :D

Regards,

/bublers

There is 1 comment in this article:

  1. 03/22/2011shahabudeenjalil says:

    dan lagi hentam aku kat perenggan pertama.. dajai betui.. huahuahauhauhauha..

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Business (19 of 47 articles)