Rahsia Saya

by Mr bublers on 02/22/2011

Bila kata Malaysian suka sibuk hal orang .. depa tak mau ngaku .. tapi kalau tengok mana mana hit selling ebook site .. mesti tajuk buku tu RAHSIA xxx .. kot mana pun mesti nak kena RAHSIA .. mesti sakan yang nak beli ..

Aku bebaru ni dok sembang dengan member .. kami bergurau ..

Aku : Aku rasa aku nak buat jugak la ebook ni ….

Member : hang nak juai buku apa ?

Aku : aku nak juai buku .. tajuk “RAHSIA SAYA”

Member : hahahahha aram !!

Kalau tengok kat Google search Suggestion, antaranya tersenarai

  • Rahsia mimpi
  • Rahsia perkahwinan
  • Rahsia lelaki

Hahahaha, aku rasa mesti ada punya la yang gedik nak, paling koman pun mak aku, bini aku .. sure beli diam diam …

Rahsia ni ada banyak cabang .. salah satu cabangnya privacy …

Saja hari ni aku nak terangkan konsep Privacy Yang Dikongsi .. bagi aku .. sapa sapa yang minat sangat dengan post “from player for valentine” patut faham hal ni …

Aku dari budak budak lagi dah terbiasa kenal kawan kawan yang suka buat benda ngarut, then datang dengan ayat :

  • Fuyioh .. dia punya *tooot* menguyohkan !!
  • Pergkh semalam aku dengan sipolan buat ini itu …
  • Oh .. dia nya *toot* kaler ungu belang belang hijau ..

Ok Players, ayat ayat diatas sangatlah salah, kamu dah violate rahsia pasangan kamu, tambahan plak dalam konteks Kekasih Gelap ni .. hahahhaha

Ingat, Privacy Yang Dikongsi ni sangat komplek dan terlalu detail, even perkara perkara kecil yang kamu dedahkan dah violate term Privacy Yang Dikongsi ni, sebagai contoh :

Tukang soal : Bini hang umoq berapa ?

  • Tindakan Tukang Jawab (01): Dia umur 46, 23 tahun lagi tua dari saya.
  • Tindakan Tukang Jawab (02): Kejap, nak kejut dia bangun tidor kot dia bagi kebenaran nak cerita pasal umur dia kat orang.

Tindakan pertama adalah terlalu biasa sampai tak nampak cacat dimana mana dimata orang kita, tapi pada syarat Privacy Yang Dikongsi, anda secara serius perlu menolak dari menjawab atau membuat tindakan sama, bertanya kepada tuan empunya privacy.

Namun, masih boleh dilaksanakan seperti berikut :

  • Keadaan : Saya kluar dating dengan awek di KLCC,kami pegi makan kat Lotus jam 8 malam.
  • Jawapan yang boleh diguna pakai jika ditanya : Saya keluar lepak KLCC & makan kat Lotus pada 8 malam.

Dalam hal ni, kamu hanya menjawab dalam lingkungan prvacy anda sendiri, ada hak untuk bercerita hal sendiri.

So pada si Player Tua yang dok cerita ngan aku semua hal ni, skali lagi aku ucap terima kasih, ni aku menulis sini hanya untuk berkongsi pengalaman dia.

Regards,

/bublers

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Rubbish (27 of 59 articles)