Doktor stress

by Mr bublers on 02/21/2011

Last post blog ni, aku dok update dari henpon, masa aku dok rilex rilex tunggu queue aku di Hospital Ampang Putri.

Masa aku dok update blog tu, ada la budak dok blajaq buat sales mai nak juai product, mai dok nak cakap banyak banyak. Bukan aku tak mau bersopan, tapi sebab bila aku habaq aku dok “menulis” dia ni buat muka blur & jawab macam musibat “semoga abang bahagia dengan apa abang buat” dem, sinis gila. Dek oi, zaman skang kalau menulis tak semestinya nak kena guna pen, ye la .. lain kali abang cakap “abang dok menyentuh screen” ok kot ? sebab tak taip .. tak tekan .. sentuh sentuh ja …

Dik, tak yah stress sangat, lepak .. memang dunia sales camtu .. rilex dik …

Ok, dah cakap pasal stress, aku jumpak doktor pun satu hal jugak …, last aku g klinik, doktor refer aku ke Hospital, so aku pilih Ampang Putri la, saja nak jenguk tempat lahir anak aku ni …

Macam yang direferkan oleh doktor klinik, aku kena Alopecia Areata (autoimune problem), imunisasi badan aku sesuka hati tibai area area yang dia rasa nak tibai .. hahahah perangai cam tuan …

Dalam dok sembang ngan Makcik tu (doktor), dia tanya aku

Doktor : “ada stress apa apa dak ?”

Aku : “tadak, saya ok, saya happy ja”

Doktor : “kot stress keja ka apa ka ?”

Aku : “Tadak aih, ni pukoi 3-4 petang bleh dok mai hospital tak yah cuti tak yah mc, bleh sesambil buat keja, call call lagi .. saya ok aih .. tak stress”

Doktor tu memang muka tak puas ati …. dia hantaq aku pi cucuk check darah & check ayaq kencin.

Next time (next schedule ni 3hb March) aku kena p tengok muka dia skali lagi, kali ni kalau dia dok paksa aku jawab stress ni .. aku nak tanya dia “Doktor stress sangat ka dok dalam bilik kecik ni tiap hari sampai stress sebab saya tak stress ni ?”

Hahahaha, stress ni bergantung pada kita la .. macam mana penerimaan kita .. sama cam makanan, manis tekak seseorang tak semestinya sedap di tekak orang lain. So makanan kita tak bleh la nak sumbat sesuka masok tekak orang lain, biadab namanya …

Lain kali aku update lagi celah mana aku bleh jawab tak stress…

babai :D

Regards,

/bublers

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Rubbish (28 of 59 articles)