Lari dari kehidupan

by Bublers on 02/14/2011

Aku tak tahu nak mengklasifikasikan macam mana keadaan sekarang. Nak cakap pening, tak jugak, nak cakap tak pening, cam pening ja ni ..

Banyak baris ayat aku padam dari posting ni, terlampau dalam sangat keadaan.

Dalam bosan haritu, aku teringat satu application aku pernah register masa tahun 2006, saja gatal masok nak tengok tahap mana dah benda alah ni dah capai.

Mengejutkan, benda ni dah jadi advance dah mengarut kalau disalah guna.

Secara asasnya, ni cuma satu chat application yang macam IRC, ada personal chat, ada group chat, ada room.

Menariknya, personal chat, kawan dibawa ke “kawasan/bilik” anda sendiri. Invite lebih ramai kawan, akan jadi group chat.

Bila disebut bilik/kawasan, tentu terfikir tentang dekorasi, yaaaa boleh decorate sesuka hati, nak sofa, nak warna, nak carpet, nak music, semua ada.

Room tersedia untuk chat, lebih menarik sebab sentiasa diguna. Atas dasar komen pengunjung, room akan improve mengikut masa. Pelbagai jenis room tersedia, Metal,  Jiwang, Cintan, Clubbers, shufflers ? & etc .. bersepah room.

Tak macam IRC, sembang nampak text je, ni siap bunyi, siap gaya .. ye .. gaya .. boleh dressing suka suka hati, yang tak dressing tu buruk la .. yang dressing macam tak dressing pun ramai .. hahahha

Sebentar dalam hidup aku sekarang, aku pegi club lepak lepak, aku pegi bulan, aku g lepak rumah orang ..  terkinja kinja, jadi beruk .. memacam … hahahha

Regards,

/bublers

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Rubbish (30 of 59 articles)