Forex tak berbaloi

by Bublers on 02/11/2011

Wow, yang sinis mungkin akan seronok komen tajuk ni membuta tuli di Facebook. Standard perangai yang suka assume, tak kurang yang sangat kena dengan tema “Everybody wants to play God” (untuk yang bodoh nak mampus tak pandai bahasa lain langsung, jangan dok assume ni ayat mainkan Tuhan ye .. )

Aku baru lagi dengan Forex ni, masih dalam fasa belajar, sama macam kesemua perkara lain di dunia, belajar takkan habis, ruang untuk improvement akan tetap ada.

Bagi aku, Forex ni adalah salah satu daripada platform yang sangat menarik bila dah fasih/berpengalaman. Sebab ? Forex bukan satu permainan teka teki ataupun mesin kuda. Tak ada istilah teka/tikam disini. Semua predictable, cumanya terlalu banyak resource yang kadangkala mempengaruhi jangkaan kita sendiri yang bertukar menjadi kesilapan yang merugikan mana mana jual beli matawang yang dibuat.

Menjawab kepada soalan dari “MUNGKIN SCAM” Online Forex trading menjadi popular disebabkan flexibility berurusan. Ini menjawab kepada soalan dari petikan :

  • Mengapa ramai Malaysian berminat dengan Forex :Ini disebabkan majoriti pekerja di Malaysia mencari pendapatan lebih diluar waktu kerja. Bertepatan dengan TimeZone Malaysia yang berada bertentangan dengan US (waktu malam kita adalah waktu yang sangat aktif disebabkan aktiviti niaga di negara seperti US & UK.
  • Negara US/UK sangat tak berminat untuk berurusan dengan Malaysia disebabkan kadar piracy di Malaysia sangat tinggi, sebagai contoh, kita tak mempunyai kelebihan menonton www.hulu.com secara percuma & tak dapat melayari laman music www.pandora.com disebabkan hal ini.
  • Masyarakat Malaysia terlampau mudah mempercayai sumber yang meragukan, sebagai contoh, petikan diambil dari satu laman blog percuma “http://mungkinscam.blogspot.com/2010/01/amaran-bnm-tentang-forex-memang-tepat.html” tanpa apa apa informasi tentang si penulis, sangat meragukan, anda mungkin sedang membaca satu artikel dari idea jajahan minda yang kosong. Domain semurah rm32 setahun pun tak mampu nak dibeli, nak bercakap tentang investment orang lain ? Ini belum kalau kita nak selidik siapa yang menulis kan ? budak skolah ? penggangur ? pinjam notebook kawan ? :p

Berbalik kepada tajuk, FOREX tak berbaloi …

Setiap perkara & perlakuan, ada nilainya ..

Sebagai contoh,anda seorang pelajar :

  • ambil upah cuci kereta abah = rm10 (confirm) (anggaran 30 minit) (kemungkinan rugi = tiada)
  • Forex trade bermodalkan 100USD kemungkinan prediction anda betul, mungkin untung berlipat kali ganda, anggaran masa 15 minit ditambah dengan kemungkinan rugi.

Melihat pada takulan di atas, secara logiknya, mencuci kereta Abah adalah satu investment masa yang lebih selamat & untung.

Apa yang nak diperkatakan disini ialah, selagi masih ada mana mana investment / pekerjaan yang secure, settlekan tu dulu. Yang bersiko seperti Forex boleh dikemudiankan.

Untuk Bumiputera, selagi ASB anda belum mencecah maksimum, lupakan Forex.

Harga masa diri anda (12 jam sehari) dihadapan Forex mungkin terlampau murah jika risiko rugi itu nak dibandingkan dengan 8jam bekerja sebagai pelayan di McDonald.

Perlaburan tempoh masa yang sama juga mungkin tak ternilai jika nak dibandingkan perlaburan masa untuk bersama keluarga.

Tiada larangan untuk yang berkecimpung dalam Forex atau apa apa part time lain, cumanya, nilai harga, bandingkan sebelum melulu untuk apa yang dijanjikan.

Compare A : (Harga diri + Harga masa) vs (untung + rugi)

Dengan B : (Harga diri + Harga masa) vs (untung + rugi)

Regards,

/bublers

There are 3 comments in this article:

  1. 02/11/2011Tweets that mention Forex tak berbaloi | bub's -- Topsy.com says:

    […] This post was mentioned on Twitter by bublers, bubmy. bubmy said: New blog post: Forex tak berbaloi http://j.mp/gqeofw #bubmy […]

  2. 02/11/2011MrJinn Kadama says:

    owhh… skang aku tau awat ang layan forex….

  3. 02/11/2011Mr bublers says:

    apa kata .. hang jumpak aku .. hang tanya .. dari hang assume camni .. satgi .. hang yang sakit kepala .. dok uih uih uih ..

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Forex (2 of 13 articles)