Tersirat, Kiasan & Melayu

by Bublers on 02/9/2011

Dianggap menjengkelkan, suka menipu, suka menunding dan sangat biadab dalam komunikasi.

Kita diajar dengan satu peradaban yang sangat cantik dan indah dimata nenek moyang kita.

Tapi sayangnya, cantik hanya bila berkomunikasi diantara pengamal peradaban yang sama.

Mungkin sebab aku berasal dari Penang yang majoriti sembang tak berlapik/tapis. Aku menghadapi masaalah yang teramat bila aku pindah ke KL masa 2004 dulu.

Biasa la kan .. budak Penang kan .. maki maki mak ang kaliamput .. mak ang kali kali .. normal la kan .. hahahah kasar ? ko nye pasal ..

Satu yang aku suka dalam hal ni, kami cakap direct, terus terang, tak ada sorok sorok walaupun pedih nak diterima bagi sesetengah puak.

Pelik tapi benar yang bahasa kasar aku tadi diterima baik oleh masyarakat yang tak mengamalkan peradaban yang diajar nenek moyang kita ni.

Satu contoh dari kawan bukan pengamal peradaban ini :

Pengamal : “Hello Encik White, kita mungkin ada masaalah teknikal dengan setting server, Encik White ada ubah setting apa apa ke ?” (ini dianggap sembang berlapik, tapi dimata orang lain, ayat kedua dikatakan menuduh)

Biasa : “Tadi ada bunyi boom boom dalam bilik production, saya sendiri belum tau apa masaalah sebab belum check, saya call dulu untuk inform, saya akan call lagi update progress dalam lagi setengah jam” (bunyi amat menakutkan, tapi ayat cukup direct, memastikan yang hal dah diberitahu & menenangkan penerima panggilan sebab ada orang tengah setelkan masaalah)

Terus terang aku sendiri lebih suka pada cara yang kedua.

  • Senang
  • Direct
  • Simple
  • Honest

Ringan dimata, sedap ditelinga & dihati.

Pendek kata, pendapat aku ..berkias perlu ada tempatnya, boleh berkias dalam bercerita, tapi bukan berkias dalam perbincangan atau perhubungan.

Regards,

/bublers

There is 1 comment in this article:

  1. 02/9/2011Tweets that mention Tersirat, Kiasan & Melayu | bub's -- Topsy.com says:

    […] This post was mentioned on Twitter by bublers, bubmy. bubmy said: New blog post: Tersirat, Kiasan & Melayu http://j.mp/i3lO2o […]

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in bubmy (355 of 481 articles)