Tips : from player for Valentine

by Bublers on 02/8/2011

Tadi aku dok lepak makan, ada la sorang player tua ni, cerita pasal pengalaman dia. Aku sambil makan melayan je la kan .. apa lagi aku nak buat .. bukan bleh berlari lari sambil makan tu.

Aku tak amik port sangat bahagian lain, yang aku perasan tips tips konon-player yang dia kasi tu. Saja sini aku buatkan sebagai list untuk share ngan korang la kan ..

Aku memang tak pandai bab bab ni, aku go with the flow je.

Dalam antara banyaknya dikaitkan dengan azali Buaya, katanya :

  • Buaya sentiasa mengagakan mulut waktu lepak, sentiasa ada burung dalam rahang dia yang dok kutip sisa sisa makanan lain. Apa yang jadi disini, si buaya tak makan burung burung dalam mulut dia ni, dia menggambarkan diri dia sebagai “tidak merbahaya”, supaya mangsa yang dikehendaki akan menghampiri dia.
  • Jangan terburu buru menjawab SMS, perempuan yang terbiasa dengan keadaan ni menyimpan sifat “dia sentiasa ada untuk aku”, bunyinya amat menarik, apa yang jadi ialah, si jantan akan diletakkan pada satu tahap yang “tak kemananya/hilang jantan tu” keadaan secure ni membuatkan “renggang” itu tidak apa bagi si perempuan.
  • Tidak memberi atau meminta no telephone dengan terburu buru, sebaliknya sampaikan dengan cepat “nanti ape ape hal ko sms/call aku” then trus cabut. Anda akan kelihatan “cute” dalam keadaan ni yang akan disusuli dengan ayat “tak kasi no tepon cemane nak sms/call awak”. Hal ni patut diteruskan dengan satu disiplin, yang tidak meminta, jangan dilayan, move on.

Ada banyak lagi tips si Player tua ni kasi tadi, aku je tak tahu cemane nak sampaikan. Cuma yang aku ingat ayat last dia sebijik macam prediction forex trading, pesan die camni.

“Sekarang bukan waktu yang baik untuk meneruskan atau memulakan apa apa hubungan dengan mana mana perempuan, Valentine dah dekat, semua ni makan modal, modal semua ni ko perlu untuk invest selepas Valentine, jangan di sia siakan dengan hari Valentine.”

Yang menyampaikan,

/bublers

There are 4 comments in this article:

  1. 02/8/2011Tweets that mention Tips : from player for Valentine | bub's -- Topsy.com says:

    […] This post was mentioned on Twitter by bublers, bubmy. bubmy said: New blog post: Tips : from player for Valentine http://j.mp/hTsPaK #bubmy […]

  2. 02/9/2011Shahabudeen Jalil says:

    kah kah kah.. tips power yang sangat berguna.

  3. 02/9/2011Bublers says:

    bahagian mana satu ? hahahahaha

  4. 02/22/2011Rahsia Saya | bub's says:

    […] konsep Privacy Yang Dikongsi .. bagi aku .. sapa sapa yang minat sangat dengan post “from player for valentine” patut faham hal ni […]

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Rubbish (32 of 59 articles)