Harga hari ini vs Harga Trend

by Mr bublers on 02/6/2011

Sesetengah manusia dikatakan terlampau berfikir cakap Dark is the absence of light untuk menggambarkan satu keadaan gelap gelita.

Disangkal dengan kenyataan pahit bukan disebabkan tiada gula sebab asasi air adalah tiada rasa.

Wow ! terer betul dua orang ni, tapi apa yang diperlakukan adalah sama, menyatakan buah fikiran masing masing.

Masing masing mahir dalam bidang sendiri. Mencontohi Jepun yang master dalam satu satu bidang. Melimitkan diri sendiri pada 1 pengetahuan seperti mana yang dikehendaki pemerintah.

Terlampau cerdik akan cuba menggulingkan kerajaan dalam satu cara sama seperti yang menjadi beruk beruk dijalan raya. Niat yang sama, memanjangkan akal fikiran & persetujuan pemikiran sendiri supaya menjadi satu pendapat bernas pada akal fikiran yang lain dimana pengumpulan idea dari jumlah ramai adalah inovasi.

Pening ? ko nye pasal .. hahaha

Aku sendiri mengambil masa yang lama untuk digest apa yang aku nak cakap, dan kalau dibiarkan, idea ni akan berkembang sampai satu tahap aku sendiri tak dapat nak paham.

Salah satu kaedah untuk memanjangkan idea kita tanpa penat lelah ialah menulis supaya dapat dibaca berulang kali, tapi menulis tiada tona, masing masing mempunyai tona dan nada sendiri memahami tulisan dalam fahaman sendiri.

Macam aku cakap sebelum ni, video adalah option terbaik buat masa ni. Dapat menggambarkan sesuatu hal, bergerak mengikut evolusi cerita, nada dan tona disesuaikan dengan gambaran.

Video ni dah di-post oleh Shahabudeen di blog http://ShahabudeenJalil.com, sengaja, aku cam biasa gatal, macam orang lain meniru untuk hidup. Sama seperti meniru pergerakkan parents aku semasa makan, berjalan dan membuat kesalahan sama seperti manusia lain.

Sama seperti konsep “hasutan & niat manusia” dalam keterangan untuk trade Foreign Exchange berlandaskan konsep Elliot Wave.

Sentiasa ada pasang surut, sama seperti nelayan yang mana hidup bergantung pada trend dan keadaan, surut air, jauh lah sampan nak ditolak, letih la sikit hidup ni.

Hutang dan trend sealiran, beli hari ni, harga hari ni lah. kan ? :p

Harga tak sepadan dengan “harga hari ini” sebab harga ini mengikut trend hari ini.

So, korang sekarang peroleh dengan disandarkan pada trend atau pada harga hari ini ?

Sebab video ni bercerita pasal harga rumah, aku nak bagitau satu hal cemana nak dapatkan harga rumah pada harga hari ini.

Semua tau bank valuers ni satu geng yang cukup degil, diorang kasi harga yang rendah berbanding dengan harga trend – harga hari ini.

Sangat obvious harga ni dipaparkan pada hari lelong. Dimulakan dengan harga hari ini, dibida dengan pemikiran harga trend.

Sungguh malang kurang dari kita mampu untuk mengatasi masaalah pembeli dengan harga trend ni, samaada terlampau tamak dengan harta, terlalu taksub dengan rupa bakal harta atau sekadar hasad menang kalah dalam bidaan.

Seperti yang sedia maklum, bukan sekadar membida dengan longgokan manusia, kita membida dengan pelbagai bangsa lain.

Ada yang terlampau banyak duit, ada yang sengaja diupah supaya orang lain membuat kesilapan sama setiap kali pembidaan rumah berlaku.

Tips untuk dapat membeli rumah pada harga hari ini : beli waktu Tahun Baru Cina

Aku kena maki sebab tak tulis ni : Cina takkan spend duit waktu perayaan diorang, so takde orang yang nak bid ngan korang waktu beli rumah.

Harga bidaan 100k takkan naik sampai 280k menjadi harga trend.

Simple as that, aku tanak explain nor sambung posting ni, aku tanak kena tangkap dengan ISA.

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Business (22 of 47 articles)