Ketagihan aku

by Bublers on 02/4/2011

Orang mungkin ramai mempunyai minat atau hobi, samaada hobi yang dibentuk oleh persekitaran atau hobi yang dikerah melalui hasutan media & ajaran.

Aku tak punya apa apa specific hobi, tapi setiap yang aku buat berulang kali, selalunya akan menjadi satu ketagihan yang amat sangat.

Sedar tak sedar, aku ketagih dengan kehidupan aku sendiri, aku ketagih untuk menyusun kemungkinan apa terjadi esok, ketagih dengan pembelajaran bagaimana sesuatu keputusan aku hari ini mempengaruhi hala tuju biar baik atau buruk hari esok.

Sama macam apa pernah bini aku cakap “you kalau you start buat, you akan buat sampai terer”

Tapi satu kemahiran yang belum aku capai, untuk mahir dan tak bosan dengan sesuatu kemahiran tu.

Aku akan cecah tahap kebosanan melampau apabila sesuatu hal tu menjadi mudah dan orang menganggap itu sebagai satu yang sangat best. Damn .. bende mudah je pun korang anggap lebih lebih.

Pernah ada satu pepatah menyatakan : when you are good at something, never do it for free.

Problem aku disini, aku tak sampai hati nak charge untuk benda yang mudah (ya mudah bagi aku)

Ni satu area kelemahan aku, dan aku kena perbaiki hal ni.

Mak aku tegur, yang lama sangat aku tak upload gambar Ebby.

Bukan aku tak mau upload, budak ni makin besar makin lincah, setakat camera phone ni memang tak terkejar la …..

Anak aku adalah salah satu ketagihan aku :D

Abeh dah .. gambaq amik guna henpon ja .. jangan harap canggih canggih sangat ….

Regards,

/bublers

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Family (36 of 74 articles)