Dicelakakan oleh bangsa sendiri

by Mr bublers on 01/27/2011

Bila aku tengok ni, aku teringat masa aku kat Penang dulu … setiap satu silap salah dikaitkan dengan kesilapan aku dilahirkan dalam bangsa Melayu.

Sebagai contoh yang pernah terjadi, Mercedes langgar bontot Kancil.

Disebabkan Kancil tu Melayu, sesama bangsa Melayu akan maki hamun driver kancil “apa punya buta perut bawak kereta tengah jalan.” Sedangkan pada undang undangnya, yang langgar belakang tetap salah.

Aku pernah buat silap, jawapan yang diherdik sangat senang “you buat silap pasal you Melayu”

Cukup dengan bangsa lain memperlekehkan, bangsa sendiri aku pun terlebih galak nak ikut trend maki bangsa sendiri. Ouch !

Walaupun ada yang Lepat cakap diulang berkali kali untuk bercakap, apa yang aku nampak maksud dia selain dari biasan rindu anak adalah : Stop tunjuk kesalahan orang (stop pijak orang untuk naik), mulalah dengan membantu semua. Result dari semua ni akan membantu diri anda sendiri.

Pernah kawan aku sorang kena rompak, tengah hangin dengan seribu yang dirompak, bila dicerita kat aku, hangin la kan .. tapi Allhamdullilah jawapan aku keluaq dengan elok masa tu : “Halalkan la, kalau tak halal, nanti duit haram tu anak bini dia makan, disebabkan makan duit haram tu … esok anak dia jadi perompak macam bapak dia then rompak anak hang dimasa depan, baik halalkan sekarang, cukup dengan apa yang jadi”

Cukup aku mengarut, aku tadak kena mengena dengan politik, post ni aku letak sebab Lepat di-block dari media perdana so aku gunakan la celah media internet ni walaupun blog aku ni tak la glemer mana, cukup la sekadar aku dapat tambah satu entry di google bila orang search apa apa keyword yang berkaitan.

Sebagai bapak, rasanya aku paham perasaan Lepat apa bila dinafikan hak.

Aku harap Lepat mendapat perhatian dan mendapat hak sebagai anak Malaysia & Bapak kepada anak sendiri.

Here goes video from Lepat, dicelakakan oleh bangsa sendiri.

Aku harap semua dapat berdoa semoga Lepat mendapat bantuan dari segala bentuk yang boleh difikirkan, Amin.

Kita bukan dipijak bangsa lain, kita sendiri memijak, & membukak lebih ruang untuk bansga sendiri dipijak.

Regards,

/bapak

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Family (40 of 74 articles)