Ketam Melayu & Ketam Cina

by Bublers on 01/25/2011

Aku mintak maaf kalau tajuk post ni camni, tapi ni saja cerita lawak nak kongsi ngan kawan kawan.

Last aku taip cerita ni semalam masa aku dok layan Ragnarok kat http://HIKAYUro.com

Kalau yang paham, paham la kan ..

Yang tak paham, aku pun tak paham apasal tak paham ….

Kalau yang degil buat tanak paham, aku pun tak paham jugak apasal degil sangat….

Ceritanya camni :

Ada sorang Aneh, jalan kaki dengan tangan merewang tahap bahu, jalan dengan penuh gumbira pegi kedai runcit nak beli ketam.

Aneh : Allo !! kawan !!, ada jual ketam ka ?

Kawan : Adaaaaaaaa, apa ketam mau ? ketam melayu ka ketam cina ? You tengok sana, ada dalam raga.

Aneh : Uyoh ! ada macam tu punya ka?

Kawan : Mustiiiiiiii

Aneh : Mana satu ni ? nampak sama ja ?

Kawan : Itu ada tutup punya, ketam Cina, yang tak tutup punya tu, ketam Melayu.

Aneh : Aih ! apasal ?

Kawan : Ketam Cina, kalau you tak tutup, nanti ramai ramai bantu seekor keluar & yang dah dapat keluar akan ajar yang lain cara untuk keluar.

Aneh : Abistu Ketam melayu apasai tak payah tutup, mesti semua pun nak keluar kanĀ  ?

Kawan : Oh .. ketam Melayu takpa, diorang bagus, tolong saya… satu ekor mau keluar, lain ramai ramai tarik balik masuk dalam, takkan ada seekor pun keluar.

Aku hentikan kemerepekan aku disini, korang pikirkan sendiri, bahasa mungkin satu permainan, kepahaman adalah hak masing masing, hati jarang sekali menipu.

Regards,

/bublers

There are 2 comments in this article:

  1. 03/27/2011Tutup kedai potong 1 Jun | bub's says:

    […] p/s : Mrjinn mintak aku letak kisah tahyul nyer link sini supaya yang terlebih bijak ni paham : http://bub.my/2011/01/25/ketam-melayu-ketam-cina/ […]

  2. 07/4/2011Pandangan aku | bub's says:

    […] Tak boleh orang seringgit lebih kaya […]

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Rubbish (40 of 59 articles)