Letrik, Astro & Streamyx – Kaedah wang simpanan

by Mr bublers on 12/27/2010

Untuk lebih paham apa yang aku nak merapu lepas ni, nak kena rujuk post post sebelum,

Ingat post aku sblom ni ? -> Saya Melayu, Saya OK!

Aku, Melayu yang malas & tak tergolong dalam golongan kaya, dan jugak kategori Melayu yang tak banyak punyai wang simpanan, tapi sama macam semua bangsa lain, bill bersepah sepah …

Bill yang datang dengan amaun tetap buat masa ni :

Astro RM80.00

Streamyx : RM120.00

Letrik : RM130.00

Berjumlah RM330.00 sebulan bersamaan RM3960.00 setahun !, bukan setakat setahun, bill optional ni menjadi keperluan yang berulang ulang selagi keturunan aku masih menonton & berinternet.

Dalam kemalasan aku ni, aku cuba mencari solution untuk hal ni, mungkin remeh bagi orang lain, dibiarkan nilai rm200 atau dalam erti kata lain satu nilai peratusan dari gaji (imagine gaji anda ditolak oleh majikan)

Apa aku buat ? hahahha aku pergi berhutang la, selalu dah orang cakap, kita dah paham, kita dah reti tapi Melayu mudah lupa. Keistimewaan tak menjadi istimewa sebab bahasa, mungkin PRIVILAGE akan memberi lebih makna.

Sungguh mudah hidup, bukak web Maybank2u, pergi ke tab Loan, scroll bawah, tengok Requirement untuk ASB Financing.

1. Application form
2. Photocopy I/C
3. Photocopy of latest 3 months pay slip (for financing above RM50,000 only)

Anda telah memenuhi syarat Bumiputera, punyai kad pengenalan, yang perlu buat cuma bawak diri pergi ke Maybank, sana nanti derang kasi requirement pertama tu .. Application Form.

Tak yah isi pun, derang isikan kalau ko buta huruf :p

So, sebab aku malas nak g print payslip, aku amik setakat RM50,000 je …

Jeee !!? a ah .. ye .. Je ….

Bayaran bulanan rm284 …

Belasah …. skang December kan ? ada increament kan ? nasihat aku, jangans ekali kali kira kira wang increment masok dalam budget, ini untuk both kesihatan poket & kesihatan mental kalau increment tak cecah taraf nafsu kita.

Duit increment, aku akan gunakan sepanjang tahun 2011, untuk bayar RM284 setiap bulan.

December 2011, (pada everage ASB kasi -+ 8% termasuk bonus).

Nilai pinjaman RM50,000 tadi akan kasi aku lebih kurang RM4,000

Aku akan cashkan RM333.33 sebulan, bayar bill aku tadi yang bernilai RM330.00.

Akan diulang process ni sampai aku berumur 57 tahun.

Apa yang aku dapat ? aku dapat RM50,000 dalam tangan & hidup tanpa kerisauan untuk bayar 3 bill ni di hari tua aku.

Duit KWSP ko simpan dalam ASB, duit RM50,000 ni ko buat belanja pegi Mekah, aman hidup ..

Mudah bukan ? bercakap memang mudah, Talk is cheap because supply exceeds demand.

Tu baru 3 bill, nanti ko kira Roadtax, duit tukar tayar kreta & bill handphone, mesti menarik.

Apa yang tak tertulis disini, dimana tanggapan akan ada increment setiap tahun, dimana duit yang bertambah ni tak di allocate untuk apa apa kegunaan, tapi cam biasa, kalau nafsu manusia ni .. ada ja benda yang nak buat majal, takpe .. ko hiaskan dengan “bill” duit sekolah anak anak .. mesti menarik kan ?

p/s : congak balek, ko bayar rm284, tapi ko akan mampu bayar bill bernilai rm330.00, berbaki rm46!

Regards,

/Bapak

There are 4 comments in this article:

  1. 01/11/2011Aku muda remaja | bub's says:

    […] kot, ada aku boh dalam post lama aku pasal kaedah wang simpanan guna bill tu.. sini –> BACA LAGI Share Join the forum discussion on this postTweetRead More :Hujan & aku yang degilDari […]

  2. 01/26/2011KeyNa says:

    Td chk kt website Maybank2u.com. Dh msk under page Loan. Tp tenure loannye max 6 thn aje. Mcm mane cik bleh buat installment byk tu yek. ASB loan ke personal loan ni?

  3. 01/26/2011Mr bublers says:

    Dia listed under loan sebagai ASB Financing

    Ni full link : http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=LOA-Loans&cntTypeId=0&cntKey=LOA10.01&programId=LOA10-ASBFinancing&chCatId=/mbb/Personal/LOA-Loans

  4. 03/23/2011Pendapatan sampingan | bub's says:

    […] Aku tak rasa perlu aku nak terangkan lagi tentang ASB sebab aku dah pernah tulis dulu disini pasal ASB Loan -> Letrik, Astro & Streamyx – Kaedah wang simpanan […]

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Business, Family, Featured (72 of 125 articles)