Saya Melayu, Saya OK!

by Bublers on 12/25/2010

Aku ada kawan skolah, dulu dia cakap ngan aku.

“Betoi la apa hang kata, abang abang aku pun kata aku lembab.”

Tu dulu, aku cuba kikiskan tugasan menjadi Tuhan ni, macam sorang member aku cakap “Everybody wants to play God”.

Menilai & menghukum tu bukan kerja kita, sibuk sangat nak judge orang sampai kita lupa nak tengok kebaikan yang ada, sentiasa kita jadi half glass empty.

Yang dikatakan lembab tadi bercerita dengan aku pasal status baru dia, bukan datin, bukan tan sri, bukan tan choon keat :p :D

Dia skang Janda.

Sungguh indah status ni sampaikan ramai manusia cuba menutup cerita menarik, hanya nak tonjolkan apa yang tak best menjadi Janda ni..

Kami cerita pasal bantuan untuk ibu tunggal, cerita macam mana nak layakkan diri, ye la kan .. bekas suami dia kerja kampung ja, logiknya dia tak mampu nak bayar nafkah, kalau paksa pun apa yang dapat .. susah diri ja…

Tu tak termasuk hal bapak dia tetiba ambil berat (tanggungjawab kembali kepada bapak), dia cakap aku “aku ni macam balik jadi anak dara la .. dok rumah mak pak…”

Datang satu part, cerita pasal beli & sewakan rumah, kami tersembang pasal ASB, satu ayat yang kami sama sama gelak, dia ni selalu kena maki ngan mak dia sebab suka guna dividen ASB untuk bayaq road tax kreta.

Wow ! aku amik masa 2-3 hari untuk digest segala yang kami sembang, nak dapatkan butiran yang berfaedah.

Macam biasa, aku tak bangkang apa apa idea, aku cuba nak cari kebaikan dari apa yang dia buat tu. Makin lama aku fikir, makin ada logiknya.

Jom susun senarai pembayaran yang tak bleh nak lari dah dalam zaman skang ni ….

1) Bill letrik

2) Road Tax Kereta/moto

3) Internet

Disebabkan idea ni cuma boleh digunapakai bagi yang belum mencecah umur 35, aku asingkan senarai lain macam Cukai Pintu.

Jom sembang pasal bill letrik. Bill ni macam hantu, ko kena bayar sampai mati hahahha …

Mak & Bapak aku .. dah tak pakai cerek yang ada fungsi keep warm tu sebab benda tu makan letrik… kesian mak pak aku .. sebab nak jimat letrik…

Bill Letrik

Kita letak average bill ni rm80 dah la ek ? setahun ko perlukan 1.2k untuk bayar hutang berulang ni …

Idea aku .. jom tambah hutang ….

Maybank ASB loan untuk 15k dengan pembayaran tempoh masa maksima 25 tahun, cara pembayaran auto deduct dari account ko.

Refer : http://www.maybank2u.com.my/WebBank/asb_repymntable130710.pdf

Tiap bulan account ko akan ada paksaan potong rm89, apa la sangat rm 89 sebulan kan ? kalau nak banding dengan minyak kereta & toll ko dari Damansara g lepak ngan awek kat Putrajaya (lepak budget)..

Tiap tahun, ko kene bayar rm89 setiap bulan, bersamaan rm1068 setahun

Jom saja saja letak number untuk dividen ASB, let say 8% total.

Ko akan dapatĀ  rm1000 pada tahun kemudian, tiap bulan, ko keluarkan rm80 (walaupun bunyi cam bodoh) ko bayar bill letrik ko. (lagi 2 ratus tu ko topup je la).

Start pada hari tu, ko dah tak perlu bayar bill letrik sebulan 80, tapi ko kene bayar 89 untuk loan ASB ko.

“Bodoh la bub ni, dari rm 80 dia g cari yang bayar 89″, ye bodoh, tapi lagi 25 tahun, aku dapat rm15k tu jadi fully hak milik aku dengan hanya convert bayaran bill letrik ke ASB Investment. Kalau ko simpan sebulan rm9, ko takkan dapat cukupkan 15k dalam masa 25 tahun. Dah ye .. jangan cakap aku bodoh, tak baik ..

Road Tax & Insuran kereta

So, ape lagi eh ? Road Tax & Insuran kereta .. ni pun satu .. dah tua bukan tentu ko nak drive sangat, tapi road tax kereta kena bayar gak

Ramai kawan kawan aku yang canggih ni, derang pandai buat kiraan, derang tahu, Road Tax kereta ni nak kena simpan duit bulanan supaya tak susah masa nak bayar.

Pada yang terlebih canggih, derang labelkan bulan yang kena bayar Road Tax & Insuran kereta ni sebagai “Bulan Miskin”

Sama kiraan diatas, jom kita buat ASB loan untuk rm25k.

Let say bulan ni ko baru renew roadtax kereta, bulan depan terus ko start bayar loan ni sebulan rm148

Hujung tahun depan (moga moga ko nyer road tax tu mati bulan january, sebab ASB bayar hujung tahun, hahahah), ko akan dapat rm1.8k dalam tangan, rm1.8k beb, aku pakai proton wira je, kereta buruk, road tax baru brapa ratus je, tak cecah seribu pun.

So ni amat sesuai pada kawan kawan aku yang kena bayar Road Tax & Insuran yang mencecah ribuan ringgit.

Ni menarik, sebab ko simpan rm148 sebulan, bersamaan 1776 setahun, tapi ko dapat rm1.8k. uyoh ! mana mari ni …

Apa benefit yang ko dapat ? lagi 25 tahun, ko dah ada rm40k dengan cuba bayar bill letrik, road tax & insuran kereta.

Basically, ko tak menyimpan, ko cuma hidup cam orang lain, kais bulan ni makan untuk bulan lepas :p. Tapi at the end, ko masih ada duit simpanan.

Banyak lagi contoh untuk buat kiraan, kalau ko rajin, ko convert la komitmen bill mobile broadband ko tu skali.

Agak agak bleh dapat rm100k total pun jadi la kan, nanti masa ko dah tak dibenarkan kerja sebab dah tua, ko akan dapat la duit KWSP ko, bleh la cecah 200k.

Masa ko dah tua tu, rm200k dapat la setahun lebih kurang 16k, lebih kurang 1.3k sebulan.

Jadi la kan, buat habuan bayar bill, habuan naik kapchai pegi lepak surau.

Aku harap minda korang tak tersekat kat tahap ni je, aku malas nak tulis panjang panjang, tulisan aku tak menarik, tak layak nak buat ebook.

Korang bleh imagine la apa lagi yang boleh dibuat ngan duit ni, lebihan dari yang korang simpan, lebihan dari yang korang spend. Memacam lagi ada diluar sana.

Bersyukurlah dengan apa yang ada, mungkin aku masih tak bleh nak kikis perasaan marah aku dengan kawan aku yang cakap “Ye ke ade orang gaji 700 je ?”

Ni tadi aku amik gambar kat dinding 7-eleven masa aku beli nasik lemak.

Sapa cakap keja Swasta takde pencen ? yang tadi ko kira semua tu bukan “Pencen” ke ?

Saya Melayu, Saya OK !!!

/bublers

There is 1 comment in this article:

  1. 12/27/2010Letrik, Astro & Streamyx – Kaedah wang simpanan | bub's says:

    […] Ingat post aku sblom ni ? -> Saya Melayu, Saya OK! […]

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Business, Family (73 of 114 articles)