PAHALA MLM

by Mr bublers on 11/25/2010

Susah gila aku nak taip

Ada la dekat lima enam kali aku tulis & padam

Tajuk pun tak masuk dengan apa yang nak dicerita

Aku sapu gamba setan, lukis petak .. taruk merah sket ..

Tulis sesedap hati aku ..

Nak puaskan hati sendiri ..

.

Apa kejadah gelas ni ? boleh digambarkan dengan ayat english yang berbunyi

Half glass empty / Half glass full

Kalau half glass empty yang sangat sesuai dengan situasi gelas diatas .. kau memang layak membaca post ni ..

Ramai sangat yang jenis macam ni, suka sangat nak tengok area kekurangan, jarang sekali yang perasan apa yang wujud tu patut disyukuri

Seb baik ade air kan ? kalau takde ?

Sepanjang aku hidup, tak marah la kalau nak label aku saitonirojim, tapi itu la balance yang Tuhan wujudkan dalam dunia ni.

Apa untung jadi orang jahat dari awal ni ..

Ntah la .. aku pun tak tau nak cakap, tapi aku lalu banyak keadaan, sempat aku kaut bermacam pengalaman…

Orang lain, macam biasa, hantam la .. apa lagi .. nasihat, mengata, mengumpat …..

Dari sorang .. cerita ke lagi 4 orang, lagi 4 orang cerita ke lagi 16 orang ….. setiap hari …

Tak perlu buat apa apa, lalu depan mata, terhidu bau, ternampak gambar, tersebut .. tersedak pun derang tuduh kau .. dah terus menyumpah …

Menyumpah .. sakan .. tapi .. tiap kali menyumpah aku .. kita gain 1 pahala secara tiba tiba, yang 4 tadi berganda 4 .. berganda lagi … dah macam PAHALA MLM, ini jenis autodownline …

Makin ramai saitan terberanak awal sebab dok gelak kat tukang mengata ni .. lagi dia dok p hasut .. sampaikan PAHALA MLM ni menjadi satu kefahaman yang bagus untuk aku …

Tak pernah puas dengan apa yang diorang ada …. dengki dengan apa yang lain dapat .. sangka buruk & takut dengan orang lain ..

Tapi takpa .. life goes on …..

Dari satu tahap yang tak menarik .. kita bergerak ke tahap yang lebih elok .. yang digambarkan “lebih bagus” pada mata pencerca tadi ..

Tahap ni .. ko dah start kena usaha sendiri dah .. dah kurang/takda PAHALA MLM tadi dah ..

Dah kurang orang buat marketing dah .. hidup tak seindah yang disangka, doa yang terainaya dah tak terpakai .. ko dah tak terainaya lagi .. ko dah “bagus”.

Terima kasih pada yang berpendapat half glass empty tadi

  • Tak pernah menilai usaha yang diletakkan
  • Mengungkit sejengkal yang belum tercapai
  • Kufur nikmat dengan yang diberi

Ini membantu menghidupkan semula rangkaian PAHALA MLM tadi, seperti yang sedia tahu .. dunia dijadikan seimbang, bulat adalah satu bentuk asas

Baik/buruk/baik/jahat adalah terma manusia

Syaitan ? ya .. Syaitan dilaknat sebab dia mengata/mengumpat/memperlekehkan Adam

Aku mengarut teruk dah ni .. aku jiwa kacau, kalau korang baca post ni, ingatlah … bukan hak kita untuk judge manusia lain, itu kerja Tuhan.

Pada yang suka menilai orang, nilai dari apa yang dah diusahakan, sebelum menilai pencapaian.

Apa pun .. is the journey that counts …..

Untuk penyumbang PAHALA konsep MLM tadi .. aku ucapkan terima kasih .. ikhlas sangat .. terima kasih ….

Regards

/bublers

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Family (51 of 74 articles)