Trend

by Ridzwan on 11/5/2010

Apa itu trend??

Saya yakin dan percaya bahaya ramai antara trader terutamanya newbie tidak mengetahui apa itu trend dan apa trend yang berlaku ketika melakukan trading.Trend ialah pergerakan utama atau pergerakan asas sesebuah market samada menaik atau menurun.

Bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu trend??

1-Major Trend
2-Minor Trend

Untuk mengenalpasti sesuatu trend, anda haruslah melihat semua Time Frame yang ada. Walaupun begitu, saya hanya mengambil Weekly, Daily, 4H dan 1H (atau hingga 15M jika perlu) sebagai rujukan.

Sila perhatikan graf-graf dibawah;

Major Trend menunjukkan pasaran sedang menaik (Uptrend) didalam Time Frame Weekly.

Ini adalah contoh dari TF Weekly sahaja.. cubalah anda belek2 sendiri TF yang lain sebaiknya dari Weekly hingga ke tf 1H atau hingga ke 15M bergantung cara anda melakukan trading.

Jadi bagaimana hendak Entry dengan berpandukan Trend ini ya?
Dengan mengenalpasti trend semasa anda boleh lah membuat kesimpulan dari apa yang anda rasakan perlu.

Sebagai contoh; weekly Uptrend, Daily, Uptrend, 4H uptrend, 1H downtrend.

Dalam keadaan diatas anda dapati hanya 1H downtrend sedangkan semua tf besar masih uptrend. Ini bermakna major trend sedang melakukan retrace, dengan itu anda boleh la menggunakan Fibonicci sebagai salah satu tools/indi pilihan untuk mengukur anggaran bilakah retrace itu akan berakhir.. Bila sahaja anda merasakan retrace sudah berakhir boleh la masuk pasaran dengan hati yang tenang.

Tapi..tahukan anda apa itu retrace, swing dan apakah itu tools/indi yang dinamakan fibonicci??

Insyallah lain kali saya akan bercerita pula tentang makhluk-makhluk halus tersebut. Jadi selalu lah melawat blog ini ok.

say yooo!!!

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Putih Forex (6 of 8 articles)