Support Dan Resistance

by Ridzwan on 11/5/2010

Apa itu Support Dan Resistance?

Boleh dikatakan semua trader tahu definisi Support dan Resistance, namun tidak ramai yang mahir dengan dua asas penting ini. Untuk pengetahuan semua trader, Jika anda seorang yang agak malas anda insyallah mampu menghasilkan profit dengan berbekalkan 2 perkara ini.

1- Support adalah halangan di Bawah.
2- Resistance adalah halangan di atas.

Apa akan berlaku jika price berada di kawasan Support dan resistance???

(click untuk besarkan gambar)

1-Garis Merah = Major Resistance
2-Garis Biru = Major Support

Kenapa Major? Ianya adalah kerana Dalam TF Daily tersebut dua Garis itu berada di puncak tertinggi (top) dan paras terendah (bottom).

Dua garis itu wujud kerana apabila harga mencapai paras tersebut berlakunya rintangan untuk harga meneruskan perjalanan keatas atau kebawah. Dengan Sebab itu harga terpaksa berpatah balik untuk mencari satu arah yang baru.

Jadi bagaimana anda hendak memasuki pasaran dengan berpandukan Support dan resistance?
Anda hendaklah bersedia untuk memasuki pasaran apabila harga berada di kawasan dua line tersebut.. Namun Awas!!! bukan itu sahaja yang harus diperhatikan.. Kerana jika harga berjaya menembusi paras tersebut akan berlakunya “Breakout”.. Breakout???? apa tu??? haaa.. lain kali aku cerita pasal tu..

tengok gambar ini pula;

Ini pula garis minor support dan resistance.. Minor? yaa..kerana berlakunya balik arah dia tengah graf..

so.. untuk menggunakan Support dan Resistance dalam trading anda, anda tidak lari daripada membuat garisan seperti diatas..

Bagaimana hendak mencari minor Support dan Resistance??
Sila perhatikan pergerakan harga yg sukar melepasi satu-satu level, jadi disana ada support dan resistance.. jika tidak faham sila ulang baca ayat saya berulang2 kali.. Ini kerana amat2 susah untuk menulis berkaitan forex dengan menggunakan bahasa melayu.

Bersambung…

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.