Money Management (MM)

by Ridzwan on 11/5/2010

Money Management..

“Dalam kehidupan harian kalo korang x guna MM yang betul kompom Hancurr.. Dalam Bisnes tak betul MM tinggal sehelai sepingang.. Dalam keluarga tak betul MM tak boleh beli beras.. Sedikit pengenalan MM dari aku.”

Tidak dapat disangkal lagi, ramai antara trader terutama yang baru sahaja menceburkan diri dalam bidang forex sentiasa hilang kawalan dalam menguruskan Margin mereka. Dan yang paling menyedihkan, boleh dikatakan 99% trader pernah mengalami Margin Call.

Kenapa boleh kene Margin call???
1-Money Management yang tidak betul.
2-Tiada ilmu dalam trading.
3-Hilang kawalan dan tiada disiplin ketika memorex.

Penting ke MM ni?
Memang teramat penting dan boleh dikatakan dari semua ilmu forex, 50% adalah MM.

Kat sini aku nk bagitau sedikit macammana dan berapa % kah MM yang korang kene jaga terutama newbie.

1-20% ??
2-10% ??
3-5 % ??

Kalo korang biasa dengar mesti ramai yang meletakkan 20% risiko dalam setiap trading yang dilakukan. Saya menyarankan gunalah hanya dibawah 10% dari margin untuk dijadikan risiko. paling bagus 1% hingga 5% sahaja.

Cara pengiraan MM dalam Forex;

Cara 1;
-Modal USD 1000..
-0.10 lot = Margin: 10.00 usd so free margin 990.

Bukankah ini 1% dari Margin?? kita gunakan 10usd dari 1000usd margin.

So.. korang boleh bukak 0.10 lot x 5 post untuk menjadikan ianya 5% dari margin.

* tengok kat bawah platform MT4 ( Balance, Equity, Margin, Free Margin, Margin level%)

Cara 2;
-Modal USD 1000..
0.10 lot = 1pips 10sen=100 pips= 10usd..

-cara kedua ini korang hendaklah mengamalkan Stop loss sebagai risiko korang.
contoh; kalo korang buka 0.10 lot stop loss paling jauh 100pips untuk menjadikan ianya 1%

-walaupun begitu korang boleh juga meletakkan stop loss sehingga 500pips untuk menjadikannya 5%. Bergantung kepada kajian anda terhadap pair tersebut.

Oleh itu, pasanglah post dikala anda yakin ianya akan profit. macammana nak kasi yakin?? belajor..belajorr dan belajorr..

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Putih Forex (2 of 8 articles)