Fibonacci

by Ridzwan on 11/5/2010

Adakah anda tahu apa itu Fibonacci? Jika anda hendak mengetahui apa itu Fibonacci silalah click disini kerana saya agak malas untuk menulis akan sejarah dan pengenalannya. Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah fungsi dan cara menggunakan Fibonacci dengan betul.

Fibonacci atau nama glamornya Fibo ada dua jenis;
1-Fibo Retrace.
2-Fibo Expansion.

Fibonacci

Apa tu?? yang mana satu? apa fungsinya??
Soalan-soalan lazim bagi newbie macam saya dahulu. (sekarang pun masih newbie maa)

Ok. Kita teruskan dengan melihat gambar dibawah ini;

1-icon bagi fibo retrace 2-icon bagi fibo expansion. *jika anda menggunakan Meta Trader 4. Jika Platform lain saya tidak tahu dimana letaknya.

Untuk menggunakan fibo retrace, anda hendaklah click pada gambar no 1 kemudian letakkannya di mana-mana chart yang dikehendaki kemudian tariiiiiiiiiiiiiiiiiiiikk.. fuh! skima ayat ni. x paham lagi x tau la akuhhh!

Fibo Retrace;

Ada beberapa keadaan boleh digunakan untuk menarik fibo retrace ini. Namun eloklah jika saya nyatakan dahulu sebab kenapa kita harus menarik Fibo Retrace ini. Seperti kita lihat pada post lepas, fibo retrace amat berguna bila kita hendak mencari level-level retrace yang akan dilakukan. settle.

Lihat gambar ini;

1- Market Uj di 1H menunjukkan keadaan trend sedang menurun (downtrend). Oleh itu, pergerakan menaik yang berlaku sekarang ini adalah retrace. Untuk mencari level retrace, fibo hendaklah ditarik seperti gambar diatas. Jika downtrend dan retrace angka 0% mesti di bawah dan jika uptrend dan retrace angka 0% mesti di atas.
2- Biasanya retrace akan berhenti (pullback untuk meneruskan trend) di level-level 23.6%, 38.2%, 50% dan 61.8% boleh sampai ke 75% lebih. (Kadang-kadang boleh melebihi 100% dan tukar trend terus, itu nasib korang aa kalo pasang stop loss kira ok aa skit.)

( Untuk Itraday sila tarik dari top semalam hingga ke low hari ini atau sebaliknya)

Jadi untuk mengetahui retrace sudah mencapai klimaksnya (Over Sold atau Over Bough) anda haruslah memerhatikan 2 keadaan yaitu;
1-Bounce (pullback) = Boleh masuk post.
2-Break dan open candlestick baru selepas level retrace. =Tidak boleh masuk post.

3-Anggap sahaja level-level tersebut sebagai support atau resistance kerana fungsinya lebih kurang sama.

Nombor 3 korang faham, no 1 dan 2 tu makhluk apa pulak ya?? adehhhh ponat den nk kobar!

tak pe! mcm mana bounce(pullback) dan macam mana pula break dan open cendlestick baru selepas level retrace akan aku cerita kan balik.

Jika korang dah mahir fungsi support dan resistance mesti korang sudah tahu apa yang aku maksudkan kat atas.. zassssss!

Fibonacci akan bersambung;——- tuuuuuuuuuuuut..

There are 2 comments in this article:

  1. 02/8/2011cepoi says:

    thank you for sharing

  2. 02/8/2011Bublers says:

    layannnnn

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Putih Forex (3 of 8 articles)