Candlestick

by Ridzwan on 11/5/2010

10 Candlestick Pattern yang digemari Pro Traders..

Sebagai seorang trader, kita tidak dapat lari dapat memerhatikan setiap pergerakan yang dibuat didalam chart. Antara salah satu benda yang sering menjadi perhatian para trader ialah Candlestick Pattern. Dibawah ini saya sertakan 10 jenis candlestick yang amat diminati oleh trader terutamanya Pro-Candlestick Trader.

Bullish Pattern

Engulfing, Hammer, Harami, Piercing dan Doji. 5 pattern candlestick yang menunjukkan akan ada perubahan price dari menurun (Bearish) kepada menaik(Bullish). Jika anda mendapati pattern-patern diatas wujud anda sepatutnya harus bersedia untuk melakukan buy/long. Namun harus diingat, sebaiknya biarlah pattern itu berlaku di kawasan bottom dan juga tempat yang ada support untuk menguatkan lagi keadaan. Anda juga harus mengesahkan dahulu pattern tersebut dengan melihat dimana price close candlestick, jika memenuhi syarat-syaratnya, anda dipersilakan untuk Long/buy.

Bearish Pattern

Engulfing, Shoting Star, Harami, Dark Cloud dan Doji. 5 pattern ini memberi petunjuk akan ada perubahan arah dari menaik kepada menurun. Oleh itu bersedialah untuk melakukan Short/Sell jika anda mendapati bentuk ini. Sebaiknya biarlah pattern ini berlaku di kawasan yang ada Resistant dan juga di top. Jangan lupa pengesahan hendaklah wujud terlebih dahulu dengan memerhatikan price close candlestick.

Kickers Pattern

Kickers Pattern Diatas juga menunjukkan akan berlakunya perubahan arah. Rasanya tidak perlulah saya terangkan lagi disini cara untuk anda memasuki pasaran.

*Dulu saya minat sangat-sangat kat spinning..

Akan disambung jika perlu…

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Putih Forex (7 of 8 articles)