Tips menghadapi anak demam panas

Selalunya orang akan ciplak, olah dan buat posting tu sebagai post sendiri, tapi dalam kes ni .. aku yang tak terer macam orang luar sana, ngaji tak tinggi, tak hebat & anak tak ramai lagi ni .. aku gunakan post orang.

Original post : http://thinkleader.blogspot.com/2009/07/tips-menghadapi-anak-demam-panas.html

Read :

Friday, July 10, 2009
tips menghadapi anak demam panas
Assalamualaikum wbt

Menghadapi anak demam memang membimbangkan, apatah lagi sekarang ni macam2 penyakit yang membawa maut memiliki simptom2 demam panas, seperti denggi, meningitis, H1N1 dsb. Sebagai ibubapa, adalah sangat penting mengetahui langkah-langkah awal dalam menghadapi situasi ini.

Tanda-tanda demam panas:

1. Suhu badan cecah 37°C dan ke atas.
2. Badan dan kepala hangat, tp tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan. (kalau boleh sentiasa monitor jgn bg kaki sejuk. cuba panaskan kaki/tgn dia)
3. Badan tak berpeluh. Kaki, tgn sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tgn, muka, kaki dh biru tu cpt2 la bwk ke klinik/ hospital..)
4. dan.. dia pun akan merengek2 sbb badan dh tak selesa

Apa yang perlu dilakukan jika anak demam panas?
1. periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama pd sebelah malam krn menurut kata nurse kat hospital, kalau mlm lagi cpt suhu meningkat… kadang-kadang kita tak perasan) Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dh sampai 37°C tu cepat-cpat la balut dia dgn kain basah. (satu lg, jgn selimut anak dgn kain tebal bila anak kita start demam. konon2 nk keluar peluh. sebaiknya, biar dia pakai nappy je dan tutup dada dgn kain kecik supaya dada tak sejuk-takut asma. sbb kalau kita selimutkan dia, takut lagi panas bdn dia. unless selimutkan dgn kain basah)

2. Kalau anak dah start demam panas, balut badan nya dgn kain basah. Mandikan dia dgn air sejuk. Mula siram kan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dgn kepala.

3. Kalau suhu badan anak tak turun juga, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkan lah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bw ke klinik, bg doktor buatkan…

4. Kalau anak demam panas, jgn biarkan… sentiasa monitor suhu nya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sblm refer anak ke klinik.

Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.
2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu… Jgn bg dia tertelan air liur dia sendiri sebab bleh menyebabkan dia mati lemas/ tercekik.
3. Jgn bg anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia…
4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tgh kejang, bg dia sedar dulu pastu basahkan kaki dia dgn air sejuk. Bila dia dah sedar/ menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).
5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dh sedar tu.. cepat-cepat bw ke klinik. Doktor akan bg rawatan selanjutnya.

(waktu anak kejang tu… seluruh badan dia kejang… so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cpt-cpt sedarkan dia dgn cara mandikan dgn air sejuk. Alirkan air dr kaki dulu dan ke atas… dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dr menerima oksigen. Sbb tu even kita dh bg rawatan di rumah, still kene bw ke klinik/ hospital utk dpt bantuan oksigen. Otak kalau tk dpt oksigen mencukupi dlm masa singkat bleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sgt-sgt kalau anak dh kene kejang nih…..
Sawan ni mungkin boleh dtg balik bg anak-anak yg pernah kene masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia. )

wallahualam


Posted by Salmah Karman at 2:42 PM

re post by : bublers

— Bublers
More in Family (67 of 74 articles)