Kawan aku

by Bublers on 10/13/2010

Saja aku nak boh gambaq dia ni bagi semua tengok :D

Ni Sheikh Mohd Faisal kawan aku dari Penang,

Kalau nak kata kolot .. memang kolot dia ni .. tapi dia ni la dok ada bila masa pun .. sumpah aku ada hutang dia rm50 sampai hari ni tak bayaq .. aku pi nak bayaq dia halalkan ja aritu ..

Pendapatan dia ? 20% dari gaji aku pun tak cecah, tapi .. aku respek dia ni .. dia dah beli rumah lama dah .. anak dia ? dah dua orang .. pun dah lama dah (dah skolah dah anak dia), dia menikah sebelum aku blah mai KL lagi … ada kreta .. ada moto .. tv .. peti ais .. & segalanya asas yang diperlukan sebagai seorang manusia biasa.

Aku pernah sembang dengan sorang pompuan kedai makan, geng depa ni dok komplen gaji kecik .. (gaji area 2.xk), so aku saja la tanya kot dia tau brapa harga makanan & minumam yang dia order, tadak sekoq pun buleh jawab, ni la tanda bila kita dah menyombong, dulu masa skolah pandai plak kira brapa sen nak guna beli sirap ngan nasik kan ..

Bila aku crita pasal gaji & pencapaian member aku ni, pompuan sekoq ni kata “Eh, ade lagi ke orang gaji kecik macam tu ?” fuhhh masa tu aku rasa nasik kat tangan nak singgah kat muka dia dah… tapi tu la kan …. sampai ke hari ni pompuan tu tak menikah lagi ..

Banyak kenangan aku ngan si Faisal ni (aku panggey dia Sheikh), antara yang paling tak bleh lupa bila aku nak kena pakai Raincoat bawak dia pi hospital masa jatuh depan RECSAM Penang .. hahahhaha pakai Raincoat la … darah bersemboq semboq ..

Banyak sangat kalau aku nak tulis, dah macam adik abang dah …. ni kalau nak sembang mamak Penang la kan .. hahahahhahahah

Aku tak bleh nak taip banyak .. anak aku dok gheyau dua tiga kali dah ni .. tebalik moto la . tekapit pintu la .. macam macam .. len kali la kalau aku rajin .. aku sambung ….

Ni la gambaq dia .. aku gagau kat Facebook dia

Regards,

/bublers

There are 4 comments in this article:

  1. 10/15/2010maktok says:

    waaa shed dah ada facebook kaa? tahniah laaa…
    sejarah ttg shed dgn bub jgk ialah apabila shed terpaksa beraya di rumah bub pakai baju melayu baru tp tangan kaki kena bungkus dgn bandage dgn muka yg berjeghemen…. hahaha kesian kat shed

  2. 10/17/2010Bublers says:

    haaaa tu kes RECSAM la tu …

  3. 10/19/2010cepoi says:

    erti nilai persahabatan….

  4. 10/19/2010Bublers says:

    Aku tak tau apa nak buat untuk dia, nak bagi keja .. tak mau cakap omputeh, soh pindah keja pun tak mau, tu aku kata dia kolot, tapi .. dia kawan aku .. nak kata apa dah ..

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Family (71 of 74 articles)