Reunion SMVBP 94/95

by Bublers on 09/17/2010

Raya ke 3(apa gila la kan buat masa raya), reunion salah satu skolah aku dulu (total 7 skolah, gila nya nomad). Dari tarikh tu aku dok pendam dalam hati tak mau nak mengata orang, pastu berhari hari tak tengok anak aku, yarabbi .. tahan tak mau mengata & tak jumpak anak bini, memang psyco.

Untuk post ni aku terpaksa bukak large view gambaq last ni (ramai yang tak join makan, pegi bowling then cabut pegi sambung beraya ngan anak pinak).

Banyak yang pahit manis terhasil dari pertemuan semula budak skolah ni.

Yang dah paham erti hidup – sangat mudah berbicara secara rasional.

Yang belum tentu hala tuju – masih belum sedar dunia ni tak sesempit yang disangkakan, penuh hasad dengki dalam hati.

Yang masih dalam alam persekolahan – hidup masih diatur oleh orang lain walau zahirnya suara lantang tak terkira.

Yang berjaya – sangat diam sekali melihat gelagat masing masing

Yang biasa dengan perhatian – masih mencari cari walau terpaksa menumpang tumpuan pada orang lain

Yang tabah – aku tiada komen, yang tabah memang sangat tabah menjalani hidup.

Aku ? aku hanyalah sampah & bangsat dicelah celah kerumunan manusia hebat, masih hina seperti seadanya, tapi dunia amatlah jelas seperti mana jelasnya kristal, seperti mana jelasnya garisan visio.

*** untuk bangsat bangsat yang tak tahu apa itu visio sila lawat : http://office.microsoft.com/en-us/visio/ ***

SMVBP 1994-1995

http://www.facebook.com/pages/GERAKAN-MEMAAFKAN-SEMUA-KESALAHAN-ORANG-LAIN-YG-PERNAH-ADA-DALAM-HIDUP-KITA/333100850473

No comments yet.

Write a comment:

You have to log in to write a comment.

More in Friends (10 of 11 articles)